d
c

[Back]

Taklimat Khas Program Mentor Mantee Program Pembasmian Kemiskinan (24 Mei 2010)


TAKLIMAT KHAS PROGRAM MENTOR MANTEE PROGRAM PEMBASMIAN KEMISKINAN

TARIKH: 24 MEI 2010
TEMPAT: DEWAN SYED NAHAR

Latar Belakang
Program pembasmian kemiskinan kini menjadi satu agenda penting di peringkat nasional dengan sasaran yang ditetapkan oleh kerajaan adalah 0% miskin tegar dan 2.8% miskin pada penghujung tahun 2010. Selaras dengan kepentingan agenda tersebut juga pihak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani(MOA) telah menetapkan ‘Peningkatan Pendapatan Golongan Sasar iaitu Miskin Tegar, Miskin dan Berpendapatan Rendah sebagai KPI 1. YB. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang mula diperkenalkan pada tahun 2009. Pendapatan Garis Kemiskinan yang ditetapkan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) adalah RM 430 bagi kategori miskin tegar dan RM 720 bagi kategori miskin.

Pada tahun 2010, Kawasan Parlimen yang ditetapkan kepada MADA adalah Jerlun, Kubang Pasu, Arau dan Kangar bagi tujuan pelaksanaan program ini. Walau bagaimanapun pelaksanaan program bantuan akan turut dilaksanakan oleh MADA di lain-lain Kawasan Parlimen. Bagi tujuan memantapkan mekanisma pelaksanaan program ini, pihak MADA menggunakan pendekatan ‘Mentor Mantee’ di mana setiap Ketua Isi Rumah (KIR) miskin tegar dan miskin dalam Kawasan Muda ini terutamanya bagi kategori produktif (berumur 65 tahun dan ke bawah) akan dibimbing oleh pegawai Mentor yang dilantik yang terdiri daripada Pembantu Pertanian, Juruteknik, Operator Garisan dan Operator Alator. Para Mentor pula akan diketuai oleh seorang Ketua Mentor yang terdiri daripada Pembantu Pertanian Industri Asas Tani (IAT) bagi setiap lokaliti. Nisbah jagaan Mentor kepada Mantee bagi Kawasan Muda adalah 1 Mentor: 4 – 5 Mantee.

Tujuan Program:

Menyerahkan surat pelantikan sebagai Ketua Mentor dan Mentor bagi membimbing peserta miskin tegar dan miskin di dalam Kawasan Muda. Surat pelantikan diserahkan oleh Y.Bhg Dato’ Pengurus Besar MADA.
Memberi penerangan kepada pegawai mentor mengenai peranan dan tanggungjawab mereka ke atas mantee yang melibatkan proses pengenalpastian kecenderungan dan minat menjalankan projek ekonomi di kalangan mantee dan seterusnya membuat pemantauan ke atas mantee setelah bantuan diberikan. Pegawai mentor juga bertanggungjawab untuk memberi khidmat nasihat serta bimbingan kepada golongan ini bagi membantu mereka meningkatkan kehidupan dan seterusnya membebaskan diri dari kemiskinan.
Program ini telah dihadiri oleh seramai 188 orang pegawai yang terdiri daripada;

Tugas
Bilangan Yang Hadir (Orang)

Ketua Mentor 22
Mentor 166
Jumlah 188