Laman Web Rasmi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda
Sabtu, 20 Julai 2024

BERITA TERKINI

LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN MUDA

Anda berada di sini: LAMAN UTAMA  /  MAKLUMAT KORPORAT  /  BERITA TERKINI

Penyerahan Kotak Sumbangan Salam Kasih Ramadan Peringkat MADA Wilayah I oleh Pengerusi MADA

01, Apr 2024
Selaras dengan matlamat MADA dalam memajukan kesejahteraan hidup sebilangan besar penduduk desa serta melebihkan hasil untuk keperluan negara, pelbagai program telah dilaksanakan sejajar dengan misi dan hasrat MADA antaranya Penyerahan Kotak Sumbangan Salam Kasih Ramadan berupa produk barangan makanan bersempena bulan Ramadan yang diedarkan kepada pesawah-pesawah yang kurang berkemampuan di setiap unit di bawah 27 PPK MADA.

Program sumbangan yang disempurnakan oleh Dato Dr. Ismail Salleh selaku Pengerusi MADA ini turut melibatkan pesawah-pesawah dari keempat-empat Wilayah MADA serta memperlihatkan inisiatif keprihatinan MADA bagi memastikan para pesawah sentiasa diberikan perhatian seterusnya sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka. Turut hadir sama ke majlis ini adalah Encik Rozaidi Sharee, Pengarah Bahagian Pengurusan Wilayah, Encik Rumzi Ahmad, Pengarah Bahagian Perancangan dan Teknologi Maklumat serta Ahli-Ahli Lembaga Pengarah MADA iaitu Tuan Che Dzaher Ahmad dan Puan Siti Balkhis Husain yang turut menyampaikan kotak sumbangan barangan makanan kepada penerima.


BERITA LAIN