Laman Web Rasmi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda
Sabtu, 20 Julai 2024

BERITA TERKINI

LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN MUDA

Anda berada di sini: LAMAN UTAMA  /  MAKLUMAT KORPORAT  /  BERITA TERKINI

Penyerahan Kotak Sumbangan Salam Kasih Ramadan - Peserta Rezeki Tani

04, Apr 2024
Selain menyampaikan Kotak Sumbangan Salam Kasih Ramadan kepada peladang-peladang di Kawasan Muda, pihak MADA turut berbesar hati menyampaikan kotak sumbangan produk makanan tajaan MMC Al-Bukhary ini kepada peserta-peserta Rezeki Tani di bawah seliaan Bahagian Industri Makanan dan Usahawan (BIMU) MADA yang diadakan di Dewan IAT BIZ, Menara Peladang (MADACorp). Majlis penyerahan yang disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato' Dr. Ismail Salleh selaku Pengerusi MADA ini adalah sebagai penghargaan khususnya kepada 250 orang penerima yang terdiri dari peserta-peserta Rezeki Tani, Anak-Anak Yatim dari Baitul Ahmad serta Yayasan Bunga Raya, kakitangan MADACorp dan kakitangan di bawah 4 Wilayah bagi membantu serta meringankan beban mereka. Turut sama hadir ke program ini adalah Encik Zulkifli Romli, Timbalan Pengurus Besar (Pertanian), Pengarah-Pengarah Bahagian, Encik Mohd Fuad Ismail (wakil MMC Al-Bukhary) serta Ahli-Ahli Lembaga Pengarah MADA iaitu Tuan Che Mat Dzaher Ahmad serta Puan Siti Balkhis Husain.


BERITA LAIN