Laman Web Rasmi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda
Sabtu, 20 Julai 2024

BERITA TERKINI

LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN MUDA

Anda berada di sini: LAMAN UTAMA  /  MAKLUMAT KORPORAT  /  BERITA TERKINI

Sesi Konsultasi Belanjawan AgroMADANI 2025 & Sambutan Mesra Aidilfitri (KPKM) 2024

02, May 2024
Seramai 300 orang peserta terdiri dari pengurusan tertinggi dan kanan warga kerja Jabatan / Agensi serta pemain industri kesemua subsektor pertanian, pegawai-pegawai Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dan Kementerian Ekonomi (KE) hari ini telah dijemput hadir ke satu Sesi Konsultasi Belanjawan AgroMADANI 2025 bertempat di Dewan D, MAEPS Serdang anjuran Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM). Majlis ini diadakan sebagai satu komitmen inklusif oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan bagi mendapatkan pandangan buah fikiran peserta sebagai input untuk penyediaan Belanjawan 2025 daripada pemegang taruh dan pemain industri bagi sektor agromakanan. Hasil maklumbalas yang diperolehi di dalam sesi ini memungkinkan keberhasilan cadangan intipati penting bagi menyokong inisiatif Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dalam memperkukuhkan agenda keterjaminan makanan negara.
Majlis ini turut meraikan Sambutan Mesra Aidilfitri (KPKM) dan penganjuran Program Perhimpunan Bulanan yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Haji Mohamad Bin Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan sebagai penghubung tali silaturrahim bukan sahaja kepada kakitangan yang beragama Islam, malahan juga kepada mereka yang bukan beragama Islam. Pihak MADA yang diwakili oleh Yang Berbahagia Dato' Dr. Ismail Salleh selaku Pengerusi MADA bersama pihak pengurusan tertinggi MADA turut menyatakan rasa gembira dan berbesar hati di atas pengumuman sebagai Johan Gerai Makanan Terbaik yang menghidangkan menu tradisional seperti Laksa Perlis, Kuih Serabai, Pulut Udang, Nira Nipah serta Tapai. Pihak MADA turut mengharapkan agar Syawal pada tahun ini akan dapat menyatukan seluruh hati-hati warga Kementerian, Jabatan serta Agensi dalam usaha untuk memartabatkan agenda keterjaminan makanan negara.
Turut sama hadir ke majlis iaitu Tuan Haji Kamarudin Dahuli, Pengurus Besar MADA, Timbalan-Timbalan Pengurus Besar (Pertanian/Teknikal), Pengarah-Pengarah Bahagian, Pengurus-Pengurus Wilayah MADA serta wakil-wakil Jawatankuasa Penyelaras PPK MADA.


BERITA LAIN