Laman Web Rasmi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda
Sabtu, 20 Julai 2024

BERITA TERKINI

LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN MUDA

Anda berada di sini: LAMAN UTAMA  /  MAKLUMAT KORPORAT  /  BERITA TERKINI

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) MADA TAHUN 2024

21, May 2024
Pihak Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) hari ini telah meraikan seramai 108 orang kakitangan MADA yang telah di pilih untuk menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2023 yang terdiri dari pegawai-pegawai serta kumpulan pelaksana satu (1) dan dua (2) bertempat di Grand Alora Hotel, Alor Setar. Pemilihan penerima ini adalah berdasarkan kepada markah Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) Tahun 2023, dengan Markah Prestasi Tahunan 85 peratus (%) ke atas, tempoh perkhidmatan di MADA tidak kurang daripada 5 tahun dan tiada tindakan tatatertib sepanjang perkhidmatan. Ianya telah melalui beberapa peringkat proses penilaian dan pemilihan dan akhirnya disahkan oleh Panel Pengurusan Sumber Manusia (PPSM). Pihak MADA sentiasa menghargai dan mengiktiraf budaya kerja yang cemerlang serta komitmen yang diberikan oleh kakitangannya. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang seumpama ini diadakan bertujuan untuk menggalakkan penjawat awam khususnya Pegawai MADA untuk terus memberikan sepenuh komitmen dan daya usaha, dalam mempertingkatkan mutu kerja dan produktiviti diri mereka.

Penyampaian anugerah ini telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato' Dr. Ismail Salleh selaku Pengerusi MADA diiringi Yang Berusaha Tuan Haji Kamarudin Dahuli selaku Pengurus Besar MADA. Pihak MADA dengan penuh rasa takzim dan berbesar hati ingin mengucapkan tahniah dan syabas di atas pencapaian prestasi cemerlang kepada semua penerima-penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2023. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua warga MADA di atas khidmat dan bakti yang telah disumbangkan.


BERITA LAIN