img-header-mada
img-header-cnt
Selasa, 22 Oktober 2024

img-header img-header img-header
img-header

BERITA TERKINI

LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN MUDA

Anda berada di sini: LAMAN UTAMA  /  MAKLUMAT KORPORAT  /  BERITA TERKINI

TAKLIMAT PENYASARAN SUBSIDI DIESEL KEPADA GOLONGAN SASAR DI KAWASAN MADA

13, Jun 2024
Pihak MADA hari ini telah mengadakan satu taklimat berkenaan Penyasaran Subsidi Diesel Kepada Golongan Sasar Di Dalam Kawasan Muda yang diadakan bertempat di Anjung Kuala, Kuala Kedah. Sesi taklimat ini diadakan bagi menerangkan kepada peladang-peladang di Kawasan Muda tentang pelaksanaan penyasaran subsidi diesel dan meningkatkan kefahaman golongan sasar berkaitan inisiatif baharu yang diperkenalkan untuk penyasaran subsidi diesel. Pihak MADA berharap sesi pada hari ini mendapat kefahaman golongan sasar berkaitan kaedah permohonan bagi memperoleh inisiatif baharu yang telah diperkenalkan.

Turut hadir sama dalam sesi ini adalah Yang Berbahagia Dato' Dr. Ismail Salleh, Pengerusi MADA, Yang Berusaha Tuan Haji Kamarudin Dahuli, Pengurus Besar MADA, Pengurusan Tertinggi MADA, Tuan Che Mad Dzaher Ahmad dan Puan Siti Balkhis Husain selaku Ahli-Ahli Lembaga Pengarah MADA, Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras PPK, Pengerusi Kumpulan Peladang Muda, Pengerusi-Pengerusi PPK serta Peladang-Peladang MADA.


BERITA LAIN

logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi
logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi