img-header-mada
img-header-cnt
Selasa, 22 Oktober 2024

img-header img-header img-header
img-header

BERITA TERKINI

LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN MUDA

Anda berada di sini: LAMAN UTAMA  /  MAKLUMAT KORPORAT  /  BERITA TERKINI

SESI LIBAT URUS PENGERUSI MADA BERSAMA PARA USAHAWAN AGROPELANCONGAN MADA

08, Jun 2024
Industri padi dan beras adalah merupakan satu industri yang berhubung kait secara langsung dengan Keterjaminan Makanan dan Kedaulatan Makanan. Pembangunan industri padi di Kawasan Muda yang dikenali sebagai ‘Nadi Jelapang Padi Negara’ ini telah membuka satu lembaran baharu bagi sektor Agropelancongan yang mampu mendatangkan kesan pengganda (multiplier effect) kepada masyarakat tani dan rantaian produk agromakanan negara khususnya di dalam Kawasan Muda (MADA).

Sehingga kini, pihak MADA telah membimbing seramai 40 orang Usahawan Agropelancongan yang melibatkan 30 destinasi di negeri Kedah dan 10 Destinasi di negeri Perlis dengan pelbagai komponen produk melibatkan Homestay, Inapan berkonsepkan Rumah Tradisional, Kabin Stay, Ladang Nira Nipah, Ladang Mempelam, Restoran, Houseboat serta Tanaman, Ternakan dan Perikanan. Tumpuan utama pembangunan program Agropelancongan ini adalah menjurus kepada menaiktaraf kemudahan asas infrastruktur di pusat Agropelancongan, bagi mempromosikan sektor Agropelancongan sebagai bidang keusahawanan, dengan menyediakan pakej pelancongan yang khusus mengikut kawasan setempat, serta meningkatkan kualiti perkhidmatan dan keselamatan industri Agropelancongan.

Turut sama hadir ke program ini adalah Encik Zulkifli Romli, Timbalan Pengurus Besar (Pertanian), Tuan Che Mat Dzaher Ahmad selaku Ahli Lembaga Pengarah MADA, Pengurusan Tertinggi dan Kanan serta para pengusaha Agropelancongan MADA dari Negeri Kedah serta Perlis.


BERITA LAIN

logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi
logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi