img-header-mada
img-header-cnt
Selasa, 22 Oktober 2024

img-header img-header img-header
img-header

BERITA TERKINI

LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN MUDA

Anda berada di sini: LAMAN UTAMA  /  MAKLUMAT KORPORAT  /  BERITA TERKINI

PROGRAM QURBAN PERDANA MADA 1445 HIJRIAH

18, Jun 2024
Aidiladha yang juga dikenali sebagai Hari Raya Haji, adalah merupakan perayaan keagamaan yang disambut oleh umat Islam di seluruh dunia. Bulan Hari Raya Haji memegang kepentingan agama dan rohani yang mendalam bagi umat Islam. Ia adalah masa untuk merenung nilai pengorbanan, ketaatan, dan kepercayaan kepada kehendak Allah S.W.T.

Sambutan Hari Raya Aidiladha pada tahun ini juga telah disambut secara sederhana oleh MADA dengan pelaksanaan ibadah sembelihan haiwan qurban yang diadakan bertempat di pekarangan Pejabat MADA Wilayah III Pendang melibatkan kakitangan MADA, PPK serta peladang-peladang di bawah seliaannya. Seramai 100 orang lebih petugas telah membantu menjayakan Program Qurban Perdana MADA dengan aktiviti melapah, merewang dan memasak serta turut menyediakan sejumlah 400 bungkusan daging yang telah diproses secara mentah untuk diagihkan kepada para asnaf khususnya kepada golongan fakir miskin di Kawasan Muda (MADA).

Yang Berbahagia Dato' Dr. Ismail Salleh selaku Pengerusi MADA turut menyatakan rasa syukur di atas kejayaan MADA melaksanakan ibadah qurban ini dan mengharapkan segala usaha yang telah dilaksanakan akan memberikan manfaat kepada golongan sasar di Kawasan Muda.

Turut sama hadir ke program adalah Puan Siti Balkhis Husain selaku Ahli Lembaga Pengarah MADA, Ahli-Ahli Jawatankuasa Penyelaras PPK, pengurusan tertinggi dan kanan, serta peladang-peladang dari 21 Unit PPK MADA F-III Pendang.


BERITA LAIN

logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi
logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi