img-header-mada
img-header-cnt
Jumaat, 2 Mei 2025

img-header img-header img-header
img-header

BERITA TERKINI

LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN MUDA

Anda berada di sini: LAMAN UTAMA  /  MAKLUMAT KORPORAT  /  BERITA TERKINI

PERJANJIAN KONSESI PROGRAM PENANAMAN PADI 5 MUSIM DALAM TEMPOH 2 TAHUN DI KAWASAN MUDA

19, Dec 2024
Pada pagi ini bertempat di Dewan Syed Nahar, Ibu Pejabat MADA telah berlangsungnya peristiwa bersejarah mengenai perjanjian penting melibatkan kerjasama erat antara Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) serta MMC Infra Padi Sdn. Bhd. Perjanjian ini ditandatangani oleh Datuk Seri Isham Ishak, Ketua Setiausaha KPKM mewakili pihak Kerajaan; Tuan Haji Kamarudin Dahuli, Pengurus Besar MADA dan Encik Asroll Mansor, Ketua Pegawai Eksekutif MMC Infra Padi Sdn. Bhd. yang disaksikan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Haji Mohamad Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

Dalam Belanjawan MADANI 2025, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan peruntukan berjumlah RM1 Bilion untuk melaksanakan projek ini, dimulai dengan Fasa 1 yang bernilai RM761.23 juta. Fasa pertama ini melibatkan Pembangunan dan Penyelenggaraan 15 Blok Sistem Pengairan Tersier dengan peruntukan berjumlah RM526.37 Juta serta Projek Pemulihan Menyeluruh Empangan Pedu yang menelan belanja sebanyak RM234.86 juta.

Projek ini memainkan peranan yang sangat penting di dalam meningkatkan produktiviti pesawah melalui pembangunan infrastruktur moden dan sistem saliran yang lebih efisien. Usaha ini juga bertujuan untuk memperkukuhkan kadar Sara Diri Beras (SSR) Negara, sekaligus menyokong pertumbuhan ekonomi negara selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI. Majlis ini menjadi bukti nyata kesungguhan Kerajaan MADANI dalam membantu para pesawah di Kawasan Muda (MADA). Melalui pembangunan projek ini, Penanaman Padi Lima (5) Musim Dalam Tempoh Dua (2) Tahun bakal direalisasikan secara berperingkat, memberikan manfaat besar kepada sektor pertanian negara.


BERITA LAIN

logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi
logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi