Laman Web Rasmi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda
Sabtu, 27 Julai 2024

PERKHIDMATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN

LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN MUDA

Anda berada di sini: LAMAN UTAMA  /  MAKLUMAT KORPORAT  /  BAHAGIAN  /  PERKHIDMATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN

LATAR BELAKANG

Sejak pelaksanaan Projek Rancangan Muda dan penubuhan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) pada tahun 1970, Bahagian Kejuruteraan telah diwujudkan untuk memberi segala perkhidmatan kejuruteraan kepada MADA bagi melaksanakan pembangunan sosio ekonomi dalam Kawasan muda. Bahagian Perkhidmatan Pengairan dan Saliran (BPPS) merupakan salah satu daripada sepuluh bahagian dalam MADA. Bahagian ini ditubuhkan pada 16 Mac 2007 sejajar dengan Penyusunan Semula Carta Organisasi MADA. Asal usul Bahagian ini adalah Cawangan Pengurusan Air di bawah Bahagian Kejuruteraan MADA sebelum penstrukturan semula organisasi.


VISI
  • Menjadi peneraju dalam pembangunan dan pengendali sistem pengurusan air bagi penanaman padi.

MISI
  • Mengekalkan kesinambungan penanaman padi dua kali setahun di Kawasan Muda.
  • Mengurus sumber air dengan cepat, tepat dan berkesan.
  • Merancang dan melaksanakan pembangunan infrastruktur bagi membangunkan sumber-sumber air yang baru di Kawasan Muda.
  • Menjalankan kajian bagi mengenalpasti akan sumber-sumber air baru yang boleh digantikan di Kawasan Muda.
  • Mengendalikan dan menyenggara sistem pengairan dan saliran utama MADA ke tahap kesempurnaan fungsi.

OBJEKTIF
  • Mengguna empat (4) sumber air (hujan, aliran sungai, air saliran gunasemula, air empangan) mengikut keutamaan.
  • Memastikan takungan empangan melebihi 500,000 ekar kaki bagi memulakan musim pertama setiap tahun.
  • Membolehkan kepadatan tanaman padi tahunan Kawasan muda melebihi 198 peratus.
  • Menjamin bekalan air mentah yang berterusan untuk kegunaan domestik dan industri di utara Negeri Kedah (termasuk Pulau Langkawi) dan Negeri Perlis.