Laman Web Rasmi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda
Sabtu, 27 Julai 2024

PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN PROJEK

LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN MUDA

Anda berada di sini: LAMAN UTAMA  /  MAKLUMAT KORPORAT  /  BAHAGIAN  /  PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN PROJEK

LATAR BELAKANG

Bahagian Pembangunan dan Pengurusan Projek (BPPP) telah ditubuhkan pada 16 November 2015 dan merupakan salah satu daripada sepuluh (10) bahagian dalam MADA. Fungsi utama Bahagian ini ialah memberi segala perkhidmatan kejuruteraan kepada MADA untuk melaksanakan pembangunan sosio-ekonomi dalam Kawasan Muda.


VISI
  • Peneraju kepada perkhidmatan pembangunan infrastruktur pengairan dan saliran dalam industri padi di Kawasan Muda.

MISI
  • Memodenkan Industri Padi dan Industri Asas Tani di Kawasan Muda melalui pembangunan infrastruktur pengairan dan saliran serta pemindahan teknologi terkini kepada kumpulan sasar.
OBJEKTIF
  • Merancang dan melaksanakan pembangunan infrastruktur pengairan dan saliran di Kawasan Muda.
  • Memberi khidmat nasihat teknikal berkenaan projek-projek pembangunan di Kawasan Muda kepada agensi/jabatan kerajaan dan pihak swasta.
  • Memastikan perkhidmatan sokongan dijalankan dengan cekap dan sistematik bagi memenuhi keperluan semasa organisasi.