Laman Web Rasmi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda
Sabtu, 27 Julai 2024

PENGURUSAN EMPANGAN SUMBER AIR

LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN MUDA

Anda berada di sini: LAMAN UTAMA  /  MAKLUMAT KORPORAT  /  BAHAGIAN  /  PENGURUSAN EMPANGAN SUMBER AIR

LATAR BELAKANG

Bahagian Pengurusan Empangan dan Sumber Air (BPESA) merupakan salah satu daripada sembilan bahagian dalam MADA. Fungsi utama Bahagian ini ialah memberi perkhidmatan pengurusan empangan dan pembangunan sumber air. Bahagian Pengurusan Empangan dan Sumber Air diwujudkan bertujuan untuk mengendali dan menyenggara, tiga (3) buah empangan iaitu Pedu, Muda dan Ahning dan juga untuk membangunkan sumber-sumber air baru dalam kawasan MADA. Ini adalah supaya penanaman padi dua (2) kali setahun di Kawasan Muda dapat diteruskan. Bahagian ini juga ditugaskan untuk memastikan Kawasan Muda mendapat pengairan yang mencukupi bagi meningkatkan hasil pengeluaran padi untuk keperluan negara.


VISI
  • Menjadi agen pelaksana pembangunan industri padi serta menjadi penggerak utama pembangunan sosio-ekonomi masyarakat peladang di peringkat Wilayah.

MISI
  • Melaksanakan program transformasi industri padi ketahap yang moden, cekap, mapan dan kompetitif di peringkat Wilayah.
  • Mengendalikan sistem pengurusan air yang efisien dan proaktif kepada peladang.
  • Berusaha memaksimakan pendapatan peladang dan usahawan melalui penggunaan teknologi yang bersesuaian, amalan pertanian tepat dan melalui pelbagai sumber yang lain.
  • Membangunkan institusi peladang sebagai entiti yang berdaya maju.
OBJEKTIF
  • Melaksanakan pengurusan tanaman padi berskala besar bagi menjamin peningkatan pendapatan peladang melalui penambahan keluasan kawasan usaha.
  • Meningkatkan peratus pematuhan jadual tanaman padi pada setiap musim penanaman padi.
  • Menguruskan aktiviti pengairan dan saliran secara lebih bersepadu dengan pembentukan Kumpulan Pengguna Air (KPA) disetiap blok pengairan secara berperingkat.
  • Meningkatkan pendapatan keluarga tani melalui khidmat nasihat, bimbingan dan penglibatan dalam pelbagai aktiviti industri makanan dan keusahawanan.
  • Memperkasakan Pertubuhan Peladang Kawasan untuk meningkatkan taraf sosio-ekonomi peladang.