Laman Web Rasmi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda
Sabtu, 27 Julai 2024

PERANCANGAN DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN MUDA

Anda berada di sini: LAMAN UTAMA  /  MAKLUMAT KORPORAT  /  BAHAGIAN  /  PERANCANGAN DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

LATAR BELAKANG

Bahagian Perancangan Dan Teknologi Maklumat (BPTM) adalah salah satu daripada sepuluh (10) bahagian di MADA yang diwujudkan selepas penyusunan semula organisasi MADA pada bulan Jun 2015. Bahagian ini bertanggungjawab khususnya dalam hal-hal berkaitan perancangan, penyelarasan dan pemantauan program dan projek MADA, melaksanakan kajian-kajian semasa serta pembangunan rangkaian dan infrastruktur Teknologi Maklumat. Sebagai bahagian yang bertindak di dalam melaksanakan tugas-tugas perancangan di MADA, BPTM mempunyai seksyen khusus di bawah Cawangan Perancangan Dan Pembangunan dan Cawangan Kajian Dan Statistik bagi melaksanakan tugas-tugas menyelaras data-data ke arah perancangan dan pembangunan sosial di kawasan MADA. Ini kerana perancangan dan polisi yang akan digubal oleh pembuat dasar negara bergantung kepada data-data dan perangkaan semasa yang tepat. Sesuatu dasar dan polisi akan lebih mudah diimplementasikan melalui sokongan data asas yang berkualiti dan sahih. Dalam era globalisasi dan kepantasan pembangunan teknologi maklumat keperluan kepada data-data perangkaan yang tepat adalah begitu mustahak. Berdasarkan kepada fungsi bahagian yang menggabungkan Cawangan Perancangan dan Teknologi Maklumat, semua data-data dan perangkaan pertanian menjadi lebih mudah dikumpul, dianalisa dan dilaporkan kepada pihak-pihak yang memerlukan kerana terdapat kemudahan teknologi ICT di Bahagian Perancangan Dan Teknologi Maklumat. Jumlah perjawatan keseluruhan BPTM yang diluluskan adalah sebanyak 37 jawatan. Pada tahun 2020, sebanyak 28 jawatan diisi, 1 jawatan dipinjam ke bahagian lain dan 8 jawatan masih kosong.


VISI
  • Peneraju Perancangan, Penyelarasan Dan Pemantauan Terbaik Secara Efektif Serta Agen Pembangunan Teknologi Maklumat.

MISI
  • Menerajui perancangan program dan projek untuk mencapai visi MADA.
  • Menyelaras dan memantau pelaksanaan program dan projek MADA.
  • Menilai pencapaian dan keberkesanan program dan projek MADA.
  • Melaksana kajian-kajian mengikut keperluan semasa.
  • Membentuk pangkalan data untuk perancangan dan pembangunan industri padi serta bukan padi.
  • Menyedia platform Decision Making Tool melalui GIS.
  • Merancang pembangunan ICT, khidmat nasihat dan pemantauan sistem.

OBJEKTIF
  • Menerajui perancangan program dan projek untuk mencapai visi MADA.
  • Menyelaras dan memantau pelaksanaan program dan projek MADA.
  • Menilai pencapaian dan keberkesanan program dan projek MADA.
  • Melaksana kajian-kajian semasa dan penyelarasan data-data statistik.
  • Membentuk platform Decision Making Tool menerusi GIS.
  • Membentuk pangkalan data untuk perancangan dan pembangunan industri padi dan bukan padi.
  • Merancang pembangunan ICT khidmat nasihat dan pemantauan sistem.