Laman Web Rasmi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda
Sabtu, 27 Julai 2024

INDUSTRI PADI

LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN MUDA

Anda berada di sini: LAMAN UTAMA  /  MAKLUMAT KORPORAT  /  BAHAGIAN  /  INDUSTRI PADI

LATAR BELAKANG

Bahagian Industri Padi (BIP) bertanggungjawab dalam hal-hal yang berkaitan dengan sistem pengurusan berpusat Projek Pemacu Pertanian EPP 10 , pengembangan pertanian dan pemindahan teknologi terkini, pemantauan pengeluaran benih padi yang berkualiti tinggi serta pengurusan input pertanian dalam kawasan Muda. Pengurusan Bahagian ini diketuai oleh Pengarah Bahagian Industri Padi yang bertanggungjawab terus kepada Pengurus Besar MADA.


VISI
  • Menjadi sebuah bahagian yang menggerakkan pembangunan industri padi dan sosio-ekonomi masyarakat tani di dalam kawasan Muda.

MISI
  • Mentransformasikan industri padi ke tahap moden, cekap, mapan dan kompetitif.
  • Membantu meningkatkan hasil pengeluaran padi dalam kawasan Muda.
  • Membangun dan memajukan Projek Projek Pemacu Pertanian EPP 10 ke tahap yang mapan.
  • Memperkasakan program pengembangan pertanian, pemindahan teknologi baru dan aktiviti tanaman padi di kawasan Muda.

OBJEKTIF
  • Meningkatkan purata hasil padi dalam Projek Pemacu Pertanian EPP 10 sebanyak 7.1 tan sehektar dan keseluruhan Kawasan Muda sebanyak 7.0 tan sehektar pada tahun 2020.
  • Menjalankan program peningkatan kesuburan tanah.
  • Program pengembangan dan pemantauan rumpai dan perosak padi bagi mengurangkan serangan kurang 20% semusim.