img-header-mada
img-header-cnt
Rabu, 6 November 2024

img-header img-header img-header
img-header

INDUSTRI MAKANAN DAN USAHAWAN

LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN MUDA

Anda berada di sini: LAMAN UTAMA  /  MAKLUMAT KORPORAT  /  BAHAGIAN  /  INDUSTRI MAKANAN DAN USAHAWAN

LATAR BELAKANG

Bahagian Industri Makanan dan Usahawan (BIMU) diwujudkan pada tahun 2006 untuk membangunkan usahawan asas tani dibidang agro-makanan (tanaman, ternakan dan akuakultur) dan usahawan pemprosesan makanan yang menekankan kepada peningkatan pengeluaran produk yang berkualiti dan berdaya saing dipasaran global. Sehubungan dengan itu, aspek promosi, pemasaran serta penggunaan teknologi tinggi akan diberi tumpuan ke arah mencapai objektif bahagian ini. Penekanan juga diberi kepada membangunkan industri pemprosesan dan produk nilai ditambah melalui Program Pembangunan Usahawan Industri Asas Tani yang bersepadu ke arah meningkatkan pendapatan serta taraf hidup masyarakat tani di Kawasan Muda. Peranan bahagian ini adalah untuk merealisasikan hasrat kerajaan bagi menjadikan industri asas tani sebagai satu industri yang berdaya saing seperti yang telah ditetapkan di dalam Program Pembangunan Usahawan Industri Asas Tani Nasional.


VISI
  • Menjadi peneraju industri asas tani dan industri bukan padi MADA yang kompetitif.

MISI
  • Merancang, melaksana, menyelaras, mengawal, memantau dan menilai program – program Industri Asas Tani dan Industri Bukan Padi MADA.

OBJEKTIF
  • Meningkatkan pendapatan peladang MADA melalui pelaksanaan aktiviti industri asas tani dan industri bukan padi.
  • Membantu penyediaan khidmat sokongan yang melibatkan latihan, pemasaran, pembiayaan dan penggunaan teknologi.
  • Mewujudkan 3,000 orang Usahawan Tani MADA sehingga tahun 2020.
  • Mewujudkan 500 orang Agropreneur Muda sehingga tahun 2020.
logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi
logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi