img-header-mada
img-header-cnt
Sabtu, 7 Disember 2024

img-header img-header img-header
img-header

PENGURUS BESAR

LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN MUDA

Anda berada di sini: LAMAN UTAMA  /  MAKLUMAT KORPORAT  /  PERUTUSAN  /  PENGURUS BESAR

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum W.B.T & Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, saya panjatkan rasa syukur kehadrat Allah S.W.T di atas segala limpah kurnia dan rahmatNya yang tidak pernah putus sehingga ke hari ini. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhamad S.A.W, juga kepada seluruh ahli keluarga dan para sahabat Baginda sekalian. Terlebih dahulu saya selaku Pengurus Besar MADA, juga mewakili seluruh warga kerja Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi melayari laman sesawang rasmi agensi ini.

Saya mengambil ruang dan peluang untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga kerja MADA di atas komitmen, keazaman dan kerja keras berpasukan yang ditunjukkan dalam melaksana segala tugas yang telah diamanahkan sepanjang tahun 2023.

Kedatangan tahun 2024 sudah tentunya akan memberi cabaran baharu kepada seluruh warga kerja MADA. Oleh itu, saya menyeru kepada seluruh warga kerja MADA untuk terus mengamalkan budaya kerja yang berprestasi tinggi dalam melaksanakan amanah yang telah dipertanggungjawabkan dan mengamal serta membudayakan amalan kerja yang cemerlang dan berintegriti tinggi agar agenda utama MADA pada tahun 2023 dapat dilaksanakan dengan jayanya selaras dengan aspirasi kerajaan.

Pelaksanaan agenda MADA bagi tahun 2024 akan dirancang dengan strategi yang lebih kreatif dan inovatif bagi mencapai misi dan visi agensi ini meskipun gerak kerja kita akan sedikit terganggu dengan suasana pandemik ini. Ianya sangat penting agar segala tindakan yang dilakukan akan lebih sistematik, teratur dan membentuk halatuju yang jelas dan seterusnya memberi faedah kepada masyarakat terutamanya peladang-peladang di Kawasan Muda. Pelaksanaan agenda 2023 yang berjaya perlu diteruskan serta ditambahbaik manakala kelemahan yang dikenal pasti perlu diperbaiki dan kegagalan dijadikan teladan sebagai panduan pada masa hadapan.

Saya berkeyakinan bahawa warga kerja MADA dapat menerima cabaran ini dan sentiasa bersiap siaga bagi bersama-sama menumpukan segala usaha, tenaga dan fikiran dalam melaksanakannya dengan cara terbaik. Laksanakanlah tanggungjawab dengan penuh amanah dan mudah-mudahan suatu hari nanti segala amalan mulia yang kita lakukan akan menjadi bekal ketika bertemu dengan Allah Azza Wa Jalla.

Tuan Haji Kamarudin Bin Dahuli,
Pengurus Besar,
Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA)

logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi
logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi