MEKANIKAL DAN ELEKTRIKAL
LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN MUDA
Anda berada di sini: LAMAN UTAMA / MAKLUMAT KORPORAT / BAHAGIAN / MEKANIKAL DAN ELEKTRIKAL
Bahagian Mekanikal Dan Elektrikal (BME) telah diwujudkan melalui penyusunan semula struktur organisasi MADA pada 16 November 2015. Dahulunya BME dikenali sebagai Cawangan Perkhidmatan Mekanikal MADA atau lebih popular dengan gelaran “Wokyop MADA”. Terdapat dua fungsi utama BME iaitu; 1) Pengurusan dan perlaksanaan program pembangunan kejuruteraan mekanikal dan elektrikal; dan 2) Pengurusan dan perlaksanaan program penyenggaraan aset mekanikal dan elektrikal MADA. Selain daripada Bahagian Khidmat Pengurusan, BME adalah satu-satunya bahagian yang bekerjasama dengan semua bahagian lain di MADA. Ini adalah salah satu ciri unik BME. Secara purata, BME menerima peruntukan mengurus sebanyak RM2.8 juta dan peruntukan pembangunan sebanyak RM3.4 juta setiap tahun. Berikut adalah 6 cawangan di BME termasuk fungsi masing-masing;