Laman Web Rasmi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda
Sabtu, 27 Julai 2024

PENGURUSAN INSTITUSI PELADANG

LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN MUDA

Anda berada di sini: LAMAN UTAMA  /  MAKLUMAT KORPORAT  /  BAHAGIAN  /  PENGURUSAN INSTITUSI PELADANG

LATAR BELAKANG

Bahagian Pengurusan Institusi Peladang (BPIP) yang diwujudkan selepas penyusunan semula struktur organisasi MADA yang berkuatkuasa pada 16 Mac 2007 diberi tanggungjawab untuk menguruskan aktiviti-aktiviti Perniagaantani, Kawalan Kewangan dan Pengurusan Institusi Peladang. Bahagian ini diketuai oleh Pengarah Bahagian Pengurusan Institusi Peladang yang bertanggungjawab kepada Timbalan Pengurus Besar (Pertanian) MADA.


VISI
  • Memajukan institusi peladang sebagai satu entiti yang kompeten, berketrampilan dan berdayamaju yang menjadi kebanggaan peladang di kawasan MADA.

MISI
  • Meningkatkan aktiviti perniagaan input pertanian sebagai penyumbang utama kepada pendapatan PPK disamping pengwujudan kepelbagaian lain-lain aktiviti perniagaan.
  • Meningkatkan pendapatan PPK melalui pelbagai aktiviti perkhidmatan.
  • Meningkatkan saham ahli, simpanan ahli, simpanan Unit Peladang sebagai sumber modal kerja dalaman kepada aktiviti perniagaan dan perkhidmatan PPK selain daripada modal luaran.
  • Menjadikan Unit Peladang sebagai satu entiti yang menyediakan perkhidmatan khusus kepada PPK.
  • Menjadikan Koperasi Asas Tani yang berdayamaju sebagai Unit Ahli PPK yang berfungsi sebagai complementory economy provider kepada PPK.
  • Menjadikan PPK sebagai penjana pendapatan kepada peladang melalui pembahagian dividen melebihi 10 peratus setahun.
  • Meningkatkan penggunaan sistem perakaunan di Pertubuhan Peladang dengan lebih berkesan.

OBJEKTIF
  • Meningkatkan pendapatan perniagaan input pertanian secara purata bagi setiap PPK kepada RM0.5 juta menjelang tahun 2020.
  • Menyelaraskan bekalan input-input pertanian pada kos yang kompetetif bagi mengurangkan kos pengeluaran padi pada kadar 10 peratus.
  • Mengwujudkan kepelbagaian aktiviti perkhidmatan PPK dengan peningkatan pendapatan di antara 10 - 20 peratus setiap tahun.
  • Meningkatkan pemilikan saham dan simpanan pemimpin-pemimpin peladang pada kadar RM1,000.00 seorang dan ahli biasa pada purata RM300.00 seorang menjelang tahun 2020 sebagai modal kerja dalaman untuk perniagaan dan perkhidmatan PPK.
  • Membantu meningkatkan pendapatan PPK agar mampu memberi dividen melebihi 10 peratus setahun.
  • Menggerakkan unit peladang sebagai pembekal perkhidmatan kepada PPK.
  • Memastikan laporan akaun bulanan PPK disiapkan sebelum 10 hari bulan setiap bulan.