PENGERUSI
LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN MUDA
Anda berada di sini: LAMAN UTAMA / MAKLUMAT KORPORAT / PERUTUSAN / PENGERUSI
 
                        Assalamualaikum W.B.T, 
                                Salam Sejahtera & 
                                Salam Malaysia MADANI.
                            
                                Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Segala puji dan syukur ke hadrat Allah S.W.T,
                                Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta kepada seluruh
                                ahli keluarga dan para sahabat Baginda sekalian.
                                Dengan rasa rendah hati, saya selaku Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dengan rasa 
                                sukacitanya mengucapkan selamat datang dan terima kasih di atas kesudian anda untuk melayari Laman 
                                Web rasmi MADA.
                                
                                Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Seri Mohamad bin Sabu, 
                                Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) yang telah memberi kepercayaan kepada saya untuk menjadi 
                                Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA). Kepercayaan dan amanah yang diberikan ini 
                                akan saya cuba laksanakan dengan sebaik mungkin demi menjaga kebajikan peladang-peladang di 
                                Kawasan Muda serta untuk meningkatkan hasil pendapatan mereka dan negara.
                                
                                Sesungguhnya MADA merupakan pemangkin kepada kesejahteraan hidup petani-petani di Kawasan Muda 
                                khususnya. Matlamat untuk mensejahterakan hidup sebilangan besar penduduk desa serta meningkatkan 
                                dan melebihkan hasil beras untuk keperluan negara telah menjadi keutamaan bagi setiap warga 
                                kerja MADA dimana ianya diasaskan kepada aspek-aspek kemanusiaan dan komoditi.
                                
                                Disamping mendorong, menggerak dan menyatukan petani-petani ke dalam satu masyarakat yang 
                                dinamis dan progresif, merekalah yang akan mencetuskan pembangunan pertanian, ekonomi 
                                dan sosial dimana akan sentiasa berlaku proses keperluan serta peluang-peluang baru.
                                
                                Oleh itu, saya berkeyakinan bahawa segala gerak kerja telah disusun dengan teliti pada 
                                tahun 2024 dan pada tahun-tahun akan datang bagi mendepani cabaran semasa dan saya 
                                berharap warga kerja MADA akan sentiasa bersiap siaga dalam melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan.
                            
                                Yang Berbahagia Dato' Dr Ismail Bin Salleh
                                Pengerusi, 
                                Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA)