Laman Web Rasmi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda
Sabtu, 27 Julai 2024

PERMOHONAN MENJADI AHLI PPK

LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN MUDA

Anda berada di sini: LAMAN UTAMA  /  PELADANG  /  INSTITUSI PELADANG  /  PERMOHONAN MENJADI AHLI PPK


Syarat-syarat Menjadi Ahli Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK)
  • Berumur 18 tahun dan ke atas.
  • Warganegara Malaysia.
  • Bermastautin dalam kawasan pengendalian PPK.
  • Mengambil bahagian dalam pengeluaran pertanian/ternakan.
  • Mendapat pendapatan daripada aktiviti pertanian/ternakan.
  • Menguasai mana-mana daripada faktor-faktor pertanian dan ternakan.
Faedah Menjadi Ahli Akan Dipulangkan Melalui:
  • Dividen mengikut saham.
  • Tabung khairat kematian.
  • Tabung Kebajikan Ahli.
  • Lawatan sambil belajar di dalam dan luar Negara.
  • Hadiah-hadiah seperti Peladang Jaya, Saham Tertinggi, Peladang Inovasi.