Pada 17 Disember yang lalu, telah berlangsung satu majlis penyampaian pakaian seragam serta kelengkapan persekolahan kepada kira-kira 1,000 orang pelajar di Jerlun bagi musim persekolahan tahun 2018.
Jumlah tersebut merupakan sebahagian daripada 8,400 pelajar-pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah di lokasi terpilih seluruh negara yang menerima sumbangan kelengkapan persekolahan daripada PLUS Malaysia Berhad (PLUS).
Majlis ini juga diadakan bertujuan untuk memberikan sumbangan serta meringankan beban pelajar dan ibubapa bagi yang kurang berkemampuan. Majlis penyerahan bantuan pakaian seragam serta kelengkapan persekolahan ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Wira Othman Bin Haji Aziz, Ahli Parlimen Jerlun merangkap Pengerusi MADA.