Program MyAgroSIS yang diperkenalkan oleh Bahagian Industri Asas Tani & Bukan Padi (IAT) MADA telah membuka mata mahasiswa dari Universiti Utara Malaysia tentang betapa pentingnya perniagaan di dalam sektor pertanian yang juga dikategorikan sebagai sumber kekayaan baharu.
Program yang berlangsung pada 19 Disember 2017 yang lalu telah disertai oleh seramai 40 orang mahasiswa dari College Of Business (COB), Universiti Utara Malaysia dan ianya diketuai oleh Pensyarah Kanan, Dr. Rozana telah menjalani kursus latihan amali teknologi tanaman padi di Pusat Latihan MADA, Alor Sedang.
Lebih menarik lagi apabila terdapat mahasiwa yang datang dari pelbagai kaum yang terlibat dalam program tersebut telah diperkenalkan tentang peranan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA). Mereka melakukan aktiviti pengurusan tanaman padi dari peringkat awal. Pelbagai soalan yang dilontarkan oleh mahasiswa tentang industri padi.
Fokus utama MADA pada masa hadapan ialah penekanan terhadap aktiviti penanaman padi. Jika tidak dibuktikan bahawa petani boleh mendapat pulangan hasil pertanian, mungkin ramai lagi golongan belia yang tidak berminat dalam sektor pertanian.