Seramai 911 orang peladang muda di bawah bimbingan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) menerima insentif Estet Padi NKEA EPP 10 sebanyak RM2,391,572.20 dengan keluasan 1,976.18 hektar bagi perusahaan industri padi Musim 1/2018 Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek berkata hasil daripada bancian MADA, seramai 6,184 orang peladang muda berumur bawah 40 tahun bergiat aktif di dalam Kawasan Muda.
Katanya, ia merupakan petunjuk positif kebangkitan anak muda dalam menyahut seruan dan cabaran Kementerian menceburi dalam bidang pertanian yang kebanyakkannya sebelum ini diceburi oleh golongan purata umurnya 62 tahun. Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas bersantai bersama 300 peladang muda yang juga dihadiri oleh ahli Kelab Jelapang Padi serta penduduk kampung di sini hari ini.
Dato’ Sri Ahmad Shabery berkata pihak Kementerian juga menyediakan pelbagai peluang dan kemudahan bagi menarik minat golongan muda untuk menceburi bidang pertanian. Dalam pada itu, tambah beliau, Projek Estet Padi NKEA EPP 10 yang memberi fokus dalam pengukuhan produktiviti tanaman padi di Kawasan Muda dengan sasaran keluasan 50,000 hektar menjelang tahun 2020 bertujuan untuk menggalakkan penanaman Padi berskala komersial dengan sasaran purata hasil bersih 8 tan sehektar selain dari meningkatkan kepadatan infrastruktur ladang daripada 18 meter sehektar kepada 30 meter sehektar dan meningkatkan penglibatan peladang dalam keseluruhan rantaian nilai.
Katanya lagi, pihak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menyasarkan golongan muda yang melibatkan diri dalam sektor agromakanan memperolehi pendapatan sebanyak RM5,000 sebulan melalui pelbagai program seperti Unit Agropreneur Muda, Kumpulan Peladang Muda dan My Agrosis.
ludo king for pc ludo king download for pc