Seramai 792 peladang di bawah bimbingan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) menerima wang bantuan ehsan banjir sebanyak RM 1,740,665.72.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato` Sri Tajuddin bin Abdul Rahman berkata bantuan diberikan kepada peladang yang mengalami kerosakan tanaman padi akibat banjir yang berlaku pada pertengahan September 2017 dan Oktober 2017.
Katanya, kejadian banjir yang berlaku menyebabkan seluas 952.382 hektar tanaman padi bagi Musim 1/2017 di Kawasan Muda mengalami kerosakkan.
Beliau berkata demikian kepada media selepas menyampaikan bantuan Tabung Bencana Tanaman Padi dan juga penyerahan bantuan alatan MY GAP kepada Projek MyGAP Kampung Bonggol Basin bernilai RM32,330 di sini, hari ini.
Katanya, adalah menjadi hasrat kerajaan bagi membantu golongan sasar seperti peladang, penternak dan nelayan dalam meneruskan perusahaan pertanian kerana golongan tersebut merupakan agen terpenting dalam melestarikan jaminan bekalan makanan negara di masa hadapan.