Majlis Perasmian Penutup Ekspo Muafakat Kedah telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri di Stadium Darul Aman Alor Setar.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, berkata ekspo itu perlu diteruskan susulan kejayaannya menarik kunjungan lebih 500,000 pelawat, sekali gus melepasi sasaran ditetapkan.
Pada masa sama, Ahmad Bashah berkata, paparan kluster dalam ekspo itu berjaya menjadi satu testimoni yang membuktikan banyak peluang boleh diterokai rakyat Kedah.