DYTM Raja Muda Kedah Darul Aman, Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Sultan Sallehuddin telah berkenan mencemar duli mengadakan lawatan ke Empangan Ahning.
Lawatan dimulakan dengan taklimat yang disampaikan oleh Tn Syed Zainuddin B. Syed Zain, Timbalan Pengurus Besar Teknikal MADA mengenai sejarah dan operasi Empangan Ahning.
Turut hadir Pengurus Besar MADA, Dato’ Fouzi Bin Ali, YB Dato’ Paduka Bakar bin Din, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, YB Dato’ Badrulhisham bin Hashim, EXCO Kerajaan Negeri Kedah, Tuan Pegawai Daerah Padang Terap dan pegawai daripada Lembaga Sumber Air Negeri Kedah serta jabatan/agensi kerajaan yang lain.