Seramai 114 orang pegawai dan kakitangan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2017 yang membawa pulang sijil simpanan premium (BSN) sebanyak RM1,000. Majlis ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Wira Othman bin Hj Aziz, Timbalan Menteri Kewangan 1 merangkap Pengerusi MADA.