“RM360,000 BANTUAN KHAS PESAWAH MANFAAT KEPADA 600 PELADANG”
YAB Perdana Menteri telah melancarkan Bantuan Khas Pesawah Peringkat Kebangsaan pada 27 Mac 2018 di Alor Biak, Alor Setar Kedah.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato` Seri Shahidan Kassim berkata seramai seramai 600 peladang di kawasan A-1 Arau, D-1 Tambun Tulang dan E-1 Simpang Empat layak menerima bantuan khas pesawah berjumlah RM360,000.
Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Majlis Penyampaian Insentif NKEA & Bantuan Pesawah bagi PPK A-1 Arau, PPK D-1 Tambun Tulang dan E-1 Simpang Empat disini, hari ini.
Katanya lagi, kerajaan memberi bantuan khas kepada pesawah-pesawah supaya ia dapat menampung kos sara hidup mereka dan kerajaan mempunyai matlamat jelas bagi meingkatkan pendapatan pesawah supaya membuatkan mereka lebih berdikari, justeru mampu berdiri ‘sama tinggi dan duduk sama rendah’ dengan pekerja dalam sektor lain.
Dalam majlis tersebut juga, beliau turut menyerahkan insentif Projek Estet Padi NKEA EPP 10 berjumlah RM25,343,315.344 kepada Parlimen Arau dan disalurkan kepada PPK A-1 Arau, PPK D-1 Tambun Tulang dan E-1 Simpang Empat