Satu sesi taklimat telah berlangsung oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bersama Ketua-Ketua Jabatan/Agensi dibawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan kepada Yang Berhormat Tuan Haji Salahuddin Bin Ayub, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang baru bertempat di MAEPS, Serdang.
Sesi taklimat ini telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Datuk Seri Dr. Ismail Bin Haji Bakar, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
Di sebelah petangnya pula telah disambung lagi dengan satu majlis bacaan yasin serta berbuka puasa bersama Yang Berhormat Menteri Pertanian & Industri Asas Tani yang baru serta seluruh pegawai-pegawai mewakili Jabatan dan Agensi.