Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) telah menganjurkan satu program iaitu Sembang Santai Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Kawasan MADA di Dewan Seri Panglima, Keriang Hill Resort. Majlis ini dimulakan dengan ucapan aluan oleh Yang Berusaha Puan Robiah binti Lazim, Timbalan Pengurus Besar (Pertanian).
Program ini telah melibatkan kesemua 27 orang Pengurus Besar PPK di bawah MADA. Program ini diadakan bertujuan untuk mendengar dan berkongsi kisah kejayaan, teknik dan cara mengatasi masalah dan pengurusan projek PPK agar perkara tersebut boleh diaplikasikan di PPK yang lain. Program Sembang Santai Pengurus Besar PPK MADA ini telah disempurnakan oleh Timbalan Pengurus Besar Pertanian.