Majlis Perasmian Ekspo Suka Menanti, Alor Setar 2018 telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Ir Zamri Yusuf, Exco Sains, Inovasi dan Teknologi Maklumat, Kerja Raya, Bekalan Air serta Sumber Air dan Tenaga Negeri Kedah Darul Aman. Ekspo yang berlangsung selama 3 hari ini telah dihadiri hampir seramai 5,000 terdiri dari orang awam, masyarakat setempat serta pelajar-pelajar sekolah.
Sepanjang tiga hari ekspo ini juga, pelbagai pameran dari jabatan dan agensi telah mengambil bahagian termasuk MADA dan pelbagai program menarik telah disediakan termasuk pertandingan futsal, jualan barangan murah dan jualan makanan.