Pengurus Besar MADA, Yang Berbahagia Dato’ Fouzi Bin Ali telah menyempurnakan Program Kibar Jalur Gemilang Peringkat MADA di Ibu Pejabat MADA, Ampang Jajar. Di dalam program tersebut telah berlangsung acara memasang bendera Jalur Gemilang pada setiap kereta kakitangan di Ibu Pejabat MADA.
Beliau juga turut menyampaikan amanat kepada kontinjen perbarisan MADA yang akan menyertai perbarisan sempena Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Kedah pada 31 Ogos ini. Program ini juga diadakan bertujuan untuk menyuntik lagi semangat cintakan negara di kalangan setiap kakitangan MADA dan dimasa yang sama dapat memeriahkan lagi sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini.