Segala penat lelah pasukan Dragon Boat MADA akhirnya telah membuahkan hasil apabila pasukan MADA berjaya meraih NAIB JOHAN bagi kategori Terbuka Kebangsaan 20 Lelaki iaitu kategori utama kejohanan Pesta Air Putrajaya 2018 yang disertai oleh pelbagai pasukan Dragon Boat dari seluruh pelusuk negara bermula dari Johor sehingga ke Perlis. Pesta Air Putrajaya 2018 kali ini dimeriahkan lagi dengan penyertaan pasukan yang hebat-hebat termasuklah dari pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Tentera Laut DiRaja Malaysia (Navy).
Acara kemuncak akhir bagi kategori Terbuka Kebangsaan 20 Lelaki dipertandingkan pada hari kedua (2) bermula pada jam 3.30 petang waktu Malaysia dengan penyertaan sejumlah enam (6) pasukan iaitu Argo Naga A, MADA A, Pekola A, KL Barbarian A, PDRM A dan juga Argo Naga B.
Selain itu, pelbagai kategori telah dipertandingkan seperti pertandingan kayak, rowing dan juga kategori dragon boat campuran lelaki dan perempuan. Acara Pesta Air Putrajaya 2018 yang berlangsung selama dua (2) hari ini bermula setiap hari dari jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang. Lebih dari 40 pasukan berentap untuk mencari kemenangan bagi pasukan masing-masing.