Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) telah berjaya memenangi “Projek Terbaik” & “Pameran Terbaik” di Peringkat Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani bersempena dengan Pertandingan Kumpulan Inovasi & Kreatif MOA. Bagi Projek Terbaik (KIK), ianya dimenangi oleh Kumpulan SG Synergy daripada Bahagian Pengurusan Wilayah MADA yang dianggotai oleh 11 peserta yang membentangkan projek “Siput Gondang Sebagai Sumber Protein Makanan Ternakan”. Manakala Kumpulan BME Dinamik daripada Bahagian Mekanikal dan Elektrik MADA yang dianggotai 10 peserta telah dinobatkan sebagai Pameran Terbaik dengan membentangkan projek “Ultrasonic Ratpillar”.