Program Jelajah Drama Sangat anjuran TV3 yang diadakan bertempat di Homestay MADA Kampung Jeruju, Jerlun Kedah telah menarik perhatian peminat rata-rata dari Perlis dan Pulau Pinang bagi melihat artis-artis kegemaran mereka untuk melakukan acara sukan serta aktiviti tradisional kampung.
Pelbagai acara dijalankan seperti aktiviti selebriti bertemu dengan peminat serta permainan sukaneka kampung dan diikuti dengan malam kebudayaan yang sungguh menghiburkan penduduk setempat dan peminat.
Program dimulakan pada waktu pagi dengan ketibaan para-para artis jemputan seperti Siti Saleha, Kamal Adli, Syazuwan Hassan, Julia Farhana, Fadlan Hazim & Hafidz Roshdi. Kemudian berlangsungnya sesi perkenalan dan penyerahan artis-artis kepada keluarga angkat yang telah diaturkan oleh pihak urusetia TV3.
Siri Jelajah Drama Sangat (DST 2018) memilih Zon Utara sebagai lokasi terakhir pada tahun ini dan masih mengekalkan objektifnya untuk menghargai para peminat setia drama di saluran TV3.
Antara aktiviti-aktiviti yang menarik adalah Kocak Ikan, Tarik Upih, Tembak Bulan, Boling Kelapa, Canting Batik, Bola Sepak Sarong, santai bersama keluarga angkat serta pertandingan dan persembahan Malam Kebudayaan Negeri Kedah.
avast internet security 2019 license key |
photoshop cs6 portable google download |
avast pc optimization tool full |
download battery bar |
avast free antivirus 2018 سيريال |