Program Hari Bertemu Pelanggan MADA Peringkat Wilayah 1, Perlis telah diadakan di PPK B-I Kayang. Majlis disempurnakan oleh YB Tuan Noor Amin Bin Ahmad, Ahli Parlimen Kangar yang turut sama dihadiri oleh Yang Berhormat Puan Gan Ay Ling, Ahli Dewan Undangan Negeri Indera Kayangan.
Program Hari Bertemu Pelanggan Peringkat Wilayah 1 MADA Perlis yang diadakan di PPK B-I Kayang ini adalah bertujuan untuk mendekatkan MADA bersama peladang-peladang di Kawasan Muda. Dengan berlangsungnya program sebegini, peladang-peladang dapat berurusan secara langsung dalam menyelesaikan masalah-masalah berhubung dengan perkhidmatan yang disediakan oleh Pejabat-Pejabat di Wilayah mahupun di PPK-PPK MADA.
Seramai 25 orang penerima Insentif Projek Estet Padi bagi Musim 2/2018 yang telah disampaikan oleh Ahli Parlimen Kangar diiringi bersama-sama dengan wakil Pengurus Besar MADA, Yang Berusaha Tuan Haji Kamarudin Dahuli. Jumlah keseluruhan bayaran Insentif Musim 2/2018 yang telah disalurkan kepada 5 buah PPK MADA di Perlis adalah sebanyak RM2.618 juta yang melibatkan seramai 1,430 orang peserta. I am working very hard on this topic.