PROGRAM MEKANIKAL DAN ELEKTRIKAL

A. PELAKSANAAN KAEDAH PENUAIAN MENGIKUT BERAT DALAM KAWASAN MADA BAGI MUSIM 1/2016
Di kawasan MADA, 100% aktiviti penuaian padi yang dilaksanakan menggunakan kaedah upah perkhidmatan tuai mengikut jumlah keluasan sawah yang diusahakan. Purata kadar upah adalah RM120 untuk serelung yang mana bersamaan RM 420 untuk sehektar. Pembekal perkhidmatan adalah terdiri dari pihak MADA yang membekalkan perkhidmatan sebanyak 2% (jumlah jentuai sebanyak 10 unit) manakala pihak swasta membekalkan perkhidmatan sebanyak 98% (jumlah jentuai adalah sebanyak 687 unit). Dalam penuaian mengikut luas, operasi adalah berdasarkan keadaan setempat (tidak ada prosedur operasi piawai). Kelajuan jentuai adalah tinggi bagi tujuan mendapatkan keluasan yang maksimum. Kajian yang dilaksanakan oleh MARDI menunjukkan purata kadar kehilangan padi semasa penuaian adalah tinggi iaitu sebanyak 4.62%). Penuaian mengikut luas kebanyakkannya dilaksanakan di kawasan MADA.

Pelaksanaan kaedah penuaian padi mengikut berat ini telah dilaksanakan di empat (4) buah PPK MADA iaitu:-
i. Pertubuhan Peladang Kawasan Bahagia – PPK C1,
ii. Pertubuhan Peladang Kawasan Semangat Baru – PPK F2,
iii. Pertubuhan Peladang Kawasan Muda Jaya Kinabalu – PPK A3, dan
iv. Pertubuhan Peladang Kawasan Suka Setia – PPK C4.

Pelaksanaan ini melibatkan 90 orang pesawah, kawasan seluas 116 hektar (406 relong) dan melibatkan penggunakan jentuai yang telah dibuat pelarasan secara teknikal serta beroperasi di tapak. Pada masa yang sama pihak BME menjalankan pemantauan dan kutipan data bagi pelaksanaan yang telah dijalankan.

Berikut adalah carta aliran pelaksanaan yang digunakan dalam memastikan pelaksanaan kaedah penuaian padi mengikut berat yang dilaksanakan mencapai matlamat yang dikehendaki oleh pihak BME.

Berikut adalah sasaran output dan outcome bagi pelaksanaan kaedah penuaian padi mengikut berat.

Pelaksanaan kaedah penuaian mengikut berat dalam kawasan MADA telah menepati objektif di mana semua pihak bersetuju bahawa pelaksanaan kaedah ini mampu mengurangkan kehilangan padi semasa tuaian seterusnya meningkatkan pendapatan peladang di kawasan MADA.. Prosidur Operasi Piawai (SOP) untuk mengurangkan kehilangan padi sewaktu penuaian menggunakan jentuai perlu dikaji semula (terutama dari segi kelajuan semasa OPERASI). Kajian perlu diteruskan dengan pihak MARDI terutama dari segi kelajuan, usia dan penyenggaraan jentuai. (Kajian kelajuan akan dibuat dalam bulan Februari 2017). Pihak pesawah dan pembekal perkhidmatan di kawasan PPK C1. PPK F2, PPK A3 dan PPK C4 bersetuju meneruskan kaedah penuaian mengikut berat ini sementara pihak BME membuat penambahbaikan kepada SOP sedia ada. Pada amnya caj penuaian di kawasan MADA adalah lebih tinggi berbanding kawasan penanaman padi yang lain.