1. Kepadatan Dan Keluasan Tanaman Padi Bagi Keseluruhan Kawasan Muda
Bagi Tahun 2016 kepadatan yang dicapai ialah 201,239 hektar (199.9%) bagi dua musim tanaman. Keluasan tanaman padi pada Musim 2/2015 ialah seluas 100,636 hektar dan keluasan tanaman padi Musim 1/2016 adalah seluas 100,603 hektar. Pada tahun 2016 masih terdapat 131 hektar kawasan yang tidak ditanam padi. Maklumat kepadatan tanaman Tahun 2016 adalah seperti berikut :-


2. Purata Hasil Kasar Dan Pengeluaran Padi Bagi Keseluruhan Kawasan Muda
Prestasi purata hasil kasar pada Tahun 2016 berbanding Tahun 2015 menunjukkan peningkatan sebanyak 478 kg (7.7%). Pada tahun 2016 purata hasil yang dicatatkan ialah 6.194 tan/hektar manakala pada Tahun 2015 purata hasil yang dicatatkan 5.725 tan/hektar. Maklumat terperinci adalah seperti berikut :-


Tren hasil Musim Utama 2/2015 dan Luar Musim 1/2016 bagi tahun 2016 didapati lebih stabil berbanding Musim Utama 2/2014 dan Luar Musim 1/2015 bagi tahun 2015. Bagi Tahun 2016 capaian hasil bagi Musim Utama dan Luar Musim adalah hampir seimbang, ini membantu menyumbang kepada peningkatan produktiviti padi negara.


Statistik hasil menunjukkan hasil pada tahun 2016 adalah yang tertinggi berbanding tahuntahun sebelumnya. Perbezaan pengeluaran padi bagi tahun 2016 dan 2015 adalah sebanyak 125,557 tan.

Bagi Tahun 2015 capaian hasil bagi Musim Utama dan Luar Musim adalah tidak seimbang, ini disebabkan pada Musim 2/2014 berlaku serangan karah dan bencana (banjir dan rebah).

3. Pendapatan Peladang Tahun 2016
Pendapatan tahunan bagi peladang MADA dibuat berdasarkan maklumat Penyiasatan Pengeluaran Padi Musim Utama setiap tahun. Musim Utama dipilih sebagai asas bagi mengira pendapatan tahunan bagi Kawasan Muda kerana ia adalah “standard” yang telah ditetapkan oleh Urusetia Peringkat Kebangsaan supaya selaras dengan lain-lain jelapang di Malaysia. Beberapa andaian telah dibuat bagi memastikan anggaran pendapatan peladang dalam Kawasan Muda tahun 2016 bersesuaian dan menggambarkan realiti sebenar punca pendapatan peladang MADA.

Sebagai kawasan jelapang padi utama Malaysia, pendapatan peladang MADA telah dipecahkan kepada kategori utama iaitu :
– Pendapatan daripada pertanian (Padi dan Pertanian Bukan Padi)
Pendapatan daripada pertanian pada tahun 2016 didapati meningkat iaitu dari RM28,006 kepada RM28,882.00. Peningkatan sebanyak RM 876.00 (3.13%).
– Pendapatan Bukan Pertanian Pendapatan Bukan Pertanian pada musim ini didapati sama bagi kedua-dua tahun iaitu RM1,710.00 pada tahun 2015 kepada RM 1,437.00 pada tahun 2016. Penurunan adalah sebanyak RM273.00 (-16.0%).

Pendapatan keseluruhan pada tahun ini berbanding tahun 2016 meningkat iaitu dari RM 29,443.00 kepada RM 30,319.00. Peningkatan yang berlaku adalah sebanyak RM876.00. Maklumat pendapatan adalah seperti berikut :-

Pages: 1 2 3 4