ii. Program NKEA EPP 10 – Pengukuhan Produktiviti Tanaman Padi di Kawasan Muda
a. Latar Belakang Program NKEA EPP 10
Pelaksanaan Projek Estet Padi NKEA EPP 10 mula dilaksanakan pada tahun 2011 di Kawasan Muda di bawah Program Transformasi Kerajaan bagi menangani tiga (3) isu utama iaitu kepadatan infrastruktur yang rendah, saiz ladang tidak ekonomik dan peladang yang berusia dalam meningkatkan pencapaian hasil padi.


Oleh yang demikian Entry Point Project 10 (EPP 10) : Pengukuhan Produktiviti Tanaman Padi Di Kawasan Muda merupakan salah satu daripada usaha Kerajaan untuk meningkatkan pendapatan peladang-peladang di Kawasan Muda. Tindakan yang akan dilaksanakan di bawah EPP 10 adalah :
– Menggalakkan penanaman padi berskala komersial dengan mewujudkan kontrak pengurusan sawah yang standard dan insentif kewangan bagi membolehkan pengusaha sawah menyumberluarkan pengurusan sawah mereka.
– Meningkatkan kepadatan infrastruktur ladang ke tahap minima 30 meter/hektar.
– Meningkatkan penglibatan peladang dalam keseluruhan rantaian nilai padi.

Melalui penglibatan peladang di bawah program NKEA EPP 10 ini, para peladang akan mendapat manfaat melalui peningkatan hasil dan seterusnya menambah pendapatan dimana hasil bersih diperoleh sepenuhnya oleh peladang dengan kos yang optimum, bayaran insentif dalam tempoh yang dipersetujui, insentif lain seperti dividen daripada Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dan bayaran upah kepada peladang-peladang yang mendaftar untuk bekerja di bawah PPK yang mengusahakan ladang.

b. Pencapaian Tahun 2016
3. Pelaksanaan Projek Estet Padi NKEA EPP 10 Bagi Tahun 2016

Pelaksanaan Projek Estet Padi NKEA EPP 10 telah bermula pada Musim 2/2011. Sehingga tahun 2016, keluasan projek telah mencapai 30,623.179 hektar (Carta 7) berbanding sasaran kumulatif iaitu 30,000 hektar (102%) yang melibatkan penglibatan seramai 16,595 orang peladang di 551 projek. Prestasi keluasan dan bilangan peladang yang bersetuju menyertai Projek Estet Padi NKEA EPP 10 bagi tahun 2016 adalah seluas 5,296.660 hektar dengan penglibatan seramai 2,383 orang peladang.


Prestasi keluasan dan bilangan peladang bagi Kumpulan A, B, C, D, E dan F yang telah menyertai Projek Estet Padi NKEA EPP 10 mengikut Wilayah bagi tahun 2011 sehingga 2016 adalah seperti berikut:-


Purata hasil Projek Estet Padi NKEA EPP 10 bagi tahun 2016 adalah 6.315 tan/hektar iaitu dengan mengambilkira pencapaian purata hasil bagi Musim 2/2015 iaitu 6.305 tan/hektar dan Musim 1/2016 iaitu 6.325 tan/hektar. Pencapaian purata hasil tahun 2016 menunjukkan peningkatan sebanyak 0.628 tan berbanding tahun 2015. Antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan hasil di projek adalah disebabkan pengurangan serangan perosak dan penyakit serta pengurusan tanaman padi yang baik di kawasan projek. Selain itu program pengembangan yang dijalankan melibatkan kempen peningkatan hasil padi kepada badan pengurusan projek turut membantu menambahbaik pengurusan projek di bawah seliaan PPK.

Prestasi purata hasil Projek Estet Padi NKEA EPP 10 mengikut Wilayah bagi tahun 2012 sehingga 2016 adalah seperti berikut :-

Pages: 1 2 3 4