2. Program dan Aktiviti Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) MADA
Pada tahun 2016, terdapat 2 program utama yang dilaksanakan oleh PPK MADA dan ianya adalah seperti berikut:

I. Pemilihan Ahli Jemaah Pengarah (AJP) PPK Penggal 2016 – 2019 Dalam Mesyuarat Agung Tahunan Menggunakan Sistem e- Undi

Setiap Pertubuhan peladang (PP) diterajui oleh barisan Ahli Jemaah pengarah (AJP) yang dipilih melalui undian di dalam Mesyuarat Agung. Sistem e-Undi ialah sistem pembuangan dan pengiraan undi yang menggunakan aplikasi komputer sebagai alternatif kepada sistem pemangkahan undi melalui kertas (ballot paper). Pembangunan rekabentuk sistem yang mudah dan mesra pengguna, memberi banyak kemudahan kepada pengundi. Ianya dibina sedemikian rupa setelah mengambil kira faktor usia, kesihatan dan tahap kecekapan pengguna.

Lantaran itu, PPK MADA mengambil inisiatif buat julung kalinya pada tahun 2016 mengadakan pemilihan AJP dalam Mesyuarat Agung PPK menggunakan sistem e-Undi. Bermula dengan pemilihan AJP oleh PPK H-II, Kepala Batas sehinggalah 26 PPK MADA yang lain Kedah dan Perlis turut mennggunakan teknologi ini dalam pemilihan AJP PPK masing-masing.

Dengan menggunakan sistem e-Undi, proses pengundian dilihat berjalan dengan lebih lancar dan cepat berbanding dengan menggunakan kertas undi serta masalah undi rosak juga tidak berlaku. Keputusan sesuatu undian dapat dikeluarkan dengan segera kerana ianya adalah satu sistem undian masa nyata ‘realtime’.

Sistem ini merupakan alternatif baru bersesuaian dengan perkembangan teknologi maklumat masa kini dan berupaya menjimatkan masa sekaligus meminimumkan kos di masa hadapan.

II. Kursus Kepimpinan dan Motivasi GO EXTRA MILES Kepada Ahli Jemaah Pengarah (AJP) Peladang Muda PPK MADA
Kursus Kepimpinan dan Motivasi GO Extra Miles ini merupakan kursus yang telah dianjurkan oleh Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) melalui Bahagian Pengurusan Institusi Peladang (BPIP) buat julung kalinya pada tahun 2016 kepada Ahli Jemaah Pengarah Peladang Muda yang baru dilantik bagi penggal 2016 – 2019. Penganjuran kursus ini adalah satu langkah inisiatif pihak MADA untuk memperkemaskan pemimpinpemimpin peladang muda dengan lebih mantap dan mampan sejajar dengan kehendak kerajaan bagi melahirkan pemimpin peladang yang berjiwa besar dan mempunyai pengetahuan dinamik kelas pertama.

Seramai 54 orang peserta yang mengikuti kursus ini yang keseluruhannya berumur 40 tahun ke bawah. Program kursus selama 3 hari 2 malam yang diadakan di Institut Kemajuan Pekebun Kecil, Padang Rengas Perak juga merupakan satu Program Engagement dengan golongan sasar yang menjadi KPI Pengurus Besar MADA untuk melahirkan AJP Peladang Muda yang berpengetahuan luas dan mempunyai idea-idea global kepada pembangunan PPK yang lebih cemerlang dan terbilang. Objektif pelaksanaan kursus ini ialah seperti berikut :

– Melahirkan AJP muda yang berpengetahuan luas dan memiliki peribadi yang bersepadu dari segi Rohaniah, Akhliah dan Jasmaniah. Kombinasi factor tersebut penting bagi sesebuah komuniti masyarakat memandangkan AJP Peladang Muda merupakan penggerak kepada anjakan paradigma, sosial dan ekonomi PPK.
– Menyuntik semangat untuk melahirkan kepimpinan dan motivasi kepada AJP Peladang Muda dalam pengurusan organisasi bagi mentransformasikan PPK masing-masing ke arah sebuah organisasi yang mantap.
– Mendedahkan AJP Peladang Muda dengan perkongsian kisah-kisah kejayaan sesebuah organisasi yang mempunyai kesepakatanserta kesepaduan idea dan pandangan dalam membuat keputusan dengan penuh kepercayaan bersama.

Pages: 1 2