vii. Keutuhan Pengurusan dan Tadbir Urus Lembaga
Mesyuarat Jemaah Menteri pada 14 Mac 2014 telah bersetuju supaya usaha pemantapan keutuhan sistem pengurusan pentadbiran Kerajaan terus dipertingkatkan melalui penubuhan Jawatankuasa Integriti dan Tadbir Urus (JITU) bagi menggantikan Jawatankuasa Keutuhan Tadbir Urus (JKTU). Penubuhan JITU dikeluarkan melalui Arahan YAB Perdana Menteri No. 1 Tahun 2014.

Arahan ini adalah selaras dengan aspirasi Kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara maju menjelang tahun 2020. Usaha pemantapan keutuhan sistem pengurusan pentadbiran Kerajaan adalah berlandaskan gagasan “1 Malaysia : Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.

Iltizam ini telah diterjemahkan melalui pelbagai inisiatif seperti Pelan Integriti Nasional (PIN), penyampaian perkhidmatan berkonsepkan Merakyatkan Perkhidmatan Awam, ETOS Perkhidmatan Awam serta Cepat, Tepat, Integriti – Produktiviti, Kreativiti dan Inovasi (CTIPCI) serta usaha pembanterasan rasuah sebagai salah satu daripada tujuh Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dalam Pelan Transformasi Kerajaan (GTP).

Justeru, kepuasan hati pelanggan dan pihak yang berkepentingan (stakeholders) menjadi keutamaan dan prestasi pencapaian ditambah baik secara berterusan.

Mesyuarat JITU MADA telah diadakan sebanyak 2 kali pada tahun 2016 seperti jadual berikut :


B. PEMBANGUNAN MODAL INSAN
i. Program Latihan Bagi Anggota MADA
Berakhir Disember 2016, semua anggota MADA yang terdiri dari 1,465 orang telah menghadiri pelbagai kategori latihan dan kursus bagi meningkatkan kompetensi serta kemahiran dalam menjalankan tanggungjawab sebagai penjawat awam yang cemerlang dan berintegriti.

Kebanyakan latihan dan kursus yang dihadiri oleh anggota merupakan anjuran Seksyen Latihan MADA dengan kerjasama daripada Bahagian, Cawangan dan Wilayah MADA. Sebahagian besar program latihan adalah anjuran jabatan/agensi luar serta pihak swasta seperti Kementerian, Jabatan, Agensi dan Syarikat Swasta yang menawarkan program latihan atau kursus yang tiada kepakaran dalaman di MADA.

Program latihan yang dilaksanakan merangkumi pelbagai jenis kategori iaitu kursus, taklimat, ceramah, bengkel, seminar, simposium dan persidangan. Jadual berikut menunjukkan program-program latihan yang telah dianjurkan oleh MADA, kekerapan dan jumlah peserta yang menghadiri program tersebut.


MADA turut mengaplikasikan Dasar Latihan tujuh (7) Hari yang diperkenalkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam pada tahun 2010 di mana setiap anggota dikehendaki menjalani latihan sekurang-kurangnya tujuh (7) hari dalam tempoh setahun. Latihan yang dihadiri adalah terdiri daripada pelbagai kategori merangkumi kursus, taklimat, ceramah, bengkel, sesi-sesi pembelajaran kendiri dan juga kursus ‘lifelong learning’ atau pembelajaran seumur hidup.

Daripada 1,480 orang anggota MADA, seramai 1,376 orang anggota (93%) telah menghadiri kursus melebihi tujuh (7) hari setahun dan bakinya seramai 104 orang anggota (7%) sahaja yang menghadiri latihan kurang daripada tujuh (7) hari setahun. Butiran berkaitan Laporan Latihan 7 Hari ini adalah seperti berikut :


ii. Program Latihan Peladang
Bagi tahun 2016, MADA telah menganjurkan 86 kursus kepada golongan sasar di dalam Kawasan Muda. Daripada jumlah kursus itu, seramai 3,530 orang peladang, penternak dan usahawan bimbingan MADA telah hadir bagi mengikuti kursus-kursus tersebut. Jadual di bawah menunjukkan butiran berkaitan kursus peladang yang telah dianjurkan adalah seperti berikut ;

Pages: 1 2