Pada tanggal 27 Mac 1982 bersamaan 2 Jamadil Akhir, telah berlangsungnya perletakkan batu asas Kompleks Ibu Pejabat MADA yang di sempurnakan oleh Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Dr. Mahathir B. Mohammad.
Perletakkan batu asas ini telah menjadi lambang pengorbanan dan sumbangan para petani negeri Kedah Darulaman kepada keperluan beras negara. Ia juga menjadi lambang kemegahan hasil usaha gigh serta kerjasama erat antara masyarakat tani dengan seluruh petugas MADA bagi menjayakan tanaman dua kali setahun sejak lebih 46 tahun yang lalu.
LOGO
Lambang ini telah diluluskan oleh Lembaga Pengarah MADA pada 17 Ogos 1972. Biru ialah warna air (pengairan). Bukit-bukit dan empangan menunjukkan sumbernya. Kebiruan itu melambangkan permulaan kegiatan pembangunan. Kuning ialah warna padi masak. Kekuningan itu melambangkan matlamat akhir pembangunan. Cantuman kedua-dua warna biru dan kuning melambangkan percantuman Bahagian Taliair dan Bahagian Pertanian menjadi sebuah Lembaga untuk mencapai matlamat pembangunan sosial dan ekonomi di dalam Kawasan Muda. Jentera menunjukkan usaha petani yang perlu dimodenkan untuk mencapai matlamat tersebut. Lingkaran buah padi di kiri kanan perkataan MADA melambangkan tanggungjawab utama Lembaga dalam pembangunan pertanian bagi mencapai pengeluaran makanan yang bertambah untuk keperluan Negara.
PENUBUHAN
Tun Hj. Abdul Razak Husin selaku Pemangku Perdana Menteri Malaysia merangkap Pengarah Gerakan di dalam satu upacara di Bangunan Balai Besar, Alor Setar Kedah.
Turut hadir menyaksikan perasmian ini di antara lainnya adalah Y.A.B Dato’ Syed Ahmad Syahabuddin Al-Haj (Menteri Besar Kedah), Y.A.B Datuk Syeikh Ahmad B. Hashim (Menteri Besar Perlis), Y.B. Encik Ghazali B. Hj Rawi (Menteri Pertanian dan Syarikat Kerjasama) serta Y.B. Tan Sri Abdul Kadir B. Yusoff (Peguam Negara). Penubuhan MADA telah diluluskan oleh Parlimen di bawah Akta 70, Akta Lembaga Kemajuan Pertanian Muda, tahun 1972.