KUASA-KUASA LEMBAGA
imej2Mengikut Seksyen 4(1) Akta 70, Lembaga diberi kuasa :-

i. Memaju, menggalak, membantu dan mengusahakan pembangunan ekonomi        dan social dalam Kawasan Muda.

ii. Merancang dan mengusahakan dalam Kawasan Mada apa-apa kemajuan pertanian mengikut sebagaimana yang telah diperuntukkan padanya oleh Pihak Berkuasa Negeri bagi negeri Kedah dan negeri Perlis.

Dalam ucapan pembukaan mesyuarat sulung Lembaga Pengarah di Telok Chengai, Alor Setar pada 8 Julai 1970, Yang Berhormat Tuan Syed Nahar Shahabuddin sebagai Pengerusi MADA yang pertama menyatakan harapan dengan tertubuhnya MADA, dapatlah diadakan satu pasukan yang terdiri daripada pakar-pakar yang bukan sahaja akan menggunakan pengetahuan-pengetahuan pakar mereka, bahkan juga pengetahuan tempatan agar dapat diarahkan satu dasar yang “flexible” untuk menjayakan Rancangan Pengairan Muda.

TUJUAN DITUBUHKAN
imej3 MADA ditubuhkan untuk mengendali dan menyenggara Rancangan Pengairan Muda, iaitu sebuah projek pembangunan luar bandar yang terbesar dilancarkan di bawah Rancangan Malaysia Pertama dengan kos sebanyak RM238 juta. MADA juga diberi tanggungjawab merancang dan melaksana program-program pembangunan pertanian dan program-program peningkatan taraf hidup untuk 63,000 keluarga peladang di dalam Kawasan Muda.

Memetik ucapan perasmian oleh Allahyrham Tun Abdul Razak katanya, “Oleh sebab kawasan Rancangan Pengairan Muda ini luas maka mustahak ianya dijagai dan ditadbir dengan sempurna dan kehendak peladang-peladang di dengari. Saya dapati pekerjaan ini, tidak akan dapat dijalankan dengan licin jikalau pentadbiran kawasan ini dikelolakan di Kuala Lumpur melalui Kementerian Pertanian dan Syarikat Kerjasama. Jadi amat mustahaklah kuasa-kuasa pentadbiran kawasan ini diberikan kepada satu badan yang bertanggungjawab yang mempunyai Ibu Pejabatnya di Alor Setar. Dengan itu, saya telah memutuskan iaitu mustahak ditubuhkan satu perbadanan atau “Authority” yang mempunyai seorang Pengerusi daripada Negeri Kedah”.

PENGLIBATAN PELADANG
imej4Pergerakkan Persatuan-Persatuan dan Pertubuhan-Pertubuhan Peladang memainkan peranan yang mustahak ke arah pencapaian matlamat Rancangan Pengairan Muda. Dalam menunaikan tugas dan tanggunjawab, MADA sentiasa melibatkan pemimpin-pemimpin peladang mengikut masa dan keadaan. Persatuan Peladang yang pertama ditubuhkan di dalam Kawasan Muda adalah Persatuan Peladang Kubang Sepat. Ianya ditubuhkan pada 27 Julai 1968 di bawah Akta Persatuan Peladang Tahun 1967.

Pada tahun itu hanya hanya 215 orang yang menjadi ahli. Sekarang terdapat 27 buah Persatuan/Pertubuhan Peladang di dalam Kawasan Muda dengan jumlah ahli seramai 26,976 orang dan modal saham sebanyak RM2.96 juta. Pergerakkan Persatuan Peladang ini telah menjadi bertambah kukuh dan lebih berkesan dengan penubuhan Majlis perunding dan Jawatankuasa Penyelaras Persatuan Peladang MADA serta Syarikat Perniagaan Peladang (MADA) Sdn. Bhd. pada pertengahan tahun 1970 an.

Pages: 1 2 3 4