PERKEMBANGAN
Sebelum 30 Jun 1970, Rancangan Pengairan Muda diletakkan di bawah Pejabat Pegawai Penyama Projek yang dikendalikan daripada Kuala Lumpur. Perlaksanaan kerja-kerja pembinaan prasarana fizikal dan projek-projek perintis menjadi tanggungjawab Jabatan Parit dan Taliair. Jabatan Pertanian dengan menggunakan daya utamanya sendiri telah menjalankan aktiviti-aktiviti pengembangan dan intensif menyediakan peladang-peladang untuk memasuki satu era baru dalam perusahaan tanaman padi dua kali setahun. Jabatan Pertanian juga telah merintis jalan ke arah penubuhan pergerakkan Persatuan Peladang.

imej6

Tanggal 30 Jun 1970 adalah merupakan lambang titik perubahan yang besar dalam sejarah Rancangan Pengairan Muda. Pada hari itu Pejabat Pegawai Penyama Projek dengan rasminya ditukar menjadi sebuah pihak berkuasa menurut undang-undang yang sekarang dikenali sebagai MADA.

Seawal penubuhan, MADA hanya mempunyai 7 orang kakitangan asas terdiri daripada seorang Pengurus Besar, seorang Pentadbir, seorang Jurutera, seorang Ahli Ekonomi, seorang Pegawai Kerani, seorang Pelayan Pejabat, dan seorang Pekerja Buruh. Pergantungan kepada kedua-dua Jabatan Pertanian serta Jabatan Parit dan Taliair terpaksa diteruskan sementara proses pinjaman dan proses pengambilan kakitangan baru sahaja dilakukan. Sekarang bilangan kakitangan MADA dalam semua kumpulan dan lapisan telah banyak bertambah, berjumlah lebih daripada 1850 orang. Tugas dan tanggungjawab juga telah berkembang luas untuk memenuhi matlamat meninggikan taraf hidup masyarakat peladang di dalam Kawasan Muda dan melebihkan pengeluaran makanan untuk keperluan Negara.

Pages: 1 2 3 4