1. Tabur Terus Dalam Air Bertakung.
    i. Memberi kesedaran kepada peladang bagi penjimatan penggunaan air
  2. Pematuhan Jadual Tanaman.
    i. Kempen menggalakan peladang memulakan aktiviti pada masa yang ditetapkan.
    ii. Menggerakan Task Force Pengembangan menjalankan kempen pemantauan jadual di peringkat blok pengairan
  3. Pematuhan Amalan Agronomi.
    i. Pengurusan tanaman padi menggunakan panduan rice check
    ii. Meningkatkan kesedaran peladang dengan amalan pertanian yang betul.
  4. Pengurusan Perosak & Penyakit.
    i. Meningkatkan kesedaran peladang tentang pengurangan perosak dan penyakit.
    ii. Pengurusan Perosak dan Penyakit tanaman padi dengan efisyen
  5. Kempen Kawalan Rumpai.
    i. Memberi kesedaran serta pembelajaran kepada petani mengenai kaedah bancuhan serta teknik semburan dalam mengawal rumpai.
    ii. Memberi penerangan mengenai kehadrat rumpai yang berada dalam sawah sebelum membuat pilihan membeli racun.

EXTENSION ON WHEEL (LORI PENGEMBANGAN MADA)

Lori Pengembangan MADA merupakan salah satu daripada program jalinan masyarakat berasaskan khidmat nasihat dan rundingan untuk mendekati masyarakat secara langsung. Melalui pendekatan ini, khidmat pengembangan dalam bidang yang relevan dapat diberikan kepada kumpulan sasar di kawasan yang terpilih. Program Pengembangan MADA melalui Lori Pengembangan MADA adalah hasil kesinambungan dari pelbagai aktiviti pengembangan yang telah dilaksanakan oleh MADA dalam menyelesaikan permasalahan berkaitan yang dihadapi oleh golongan sasar.

Lori Pengembangan MADA berkonsepkan “MADA bergerak” turut dilengkapi dengan peralatan seperti bahan rujukan, ruang perbincangan dan lain-lain. Selain itu program akan disertai dengan pameran.

PENANAMAN PADI WANGI DI PROJEK ESTET PADI ASAM JAWA, PPK F-III, PENDANG

VARIETI MUSIM JENIS SKIM PADI KELUASAN (HA) PURATA HASIL / RELONG (METRIK/TAN) PURATA HASIL / HEKTAR (METRIK/TAN)
MRQ 76 MUSIM 1/2019 ASAS 11.51 1.10 3.82
MUSIM 2/2019 ASAS 3.168 1.00 3.48
DAFTAR 4.029 1.00 3.48
SAH 38.783 1.00 3.48
MUSIM 1/2020 DAFTAR 4.604 0.59 2.04
SAH 30.793 0.09 0.30
MUSIM 2/2020 DAFTAR 2.59
SAH 7.77

PROGRAM SOIL PROFILING DI KAWASAN MUDA

Program Soil Profiling telah dijalankan di kawasan Wilayah III Pendang pada tahun 2019 melibatkan 5,700 sampel yang mewakili keluasan keseluruhan Wilayah III. Daripada siasatan tanah yang dijalankan, didapati majoriti jenis tanah di Wilayah III adalah tanah jenis lanar laut iaitu 94.3% (21,836ha) manakala bagi tanah jenis lanar sungai meliputi sebahagian kecil daripada kawasan Wilayah III.

Peta Siri Tanah di Wilayah 3

Nilai pH

Berdasarkan keputusan analisa tanah di Wilayah III, secara purata nilai pH di kawasan tersebut adalah pada skala 4.4 dan masih memerlukan program pemulihan kesuburan tanah agar nilai pH dapat ditingkatkan menghampiri pH yang sesuai untuk tanaman padi iaitu sekitar 5.0 – 5.5

Pada tahun 2020, Program Soil Profiling telah dijalankan di kawasan Wilayah IV Kota Sarang Semut melibatkan 6,334 sampel yang mewakili keluasan keseluruhan Wilayah IV. Siasatan tanah telah selesai dijalankan pada Oktober 2020 dan proses dokumentasi sedang dilaksanakan dan dijangka siap sepenuhnya pada awal Disember 2020.

Pada tahun 2020, Program Soil Profiling telah dijalankan di kawasan Wilayah IV Kota Sarang Semut melibatkan 6,334 sampel yang mewakili keluasan keseluruhan Wilayah IV seluas 25,336 hektar. Daripada siasatan tanah yang dijalankan, didapati jenis tanah di Wilayah IV adalah tanah jenis lanar laut iaitu 100% (25,336ha).

Pages: 1 2 3 4