Nilai ph

Berdasarkan keputusan analisa tanah di Wilayah IV, secara purata nilai pH di kawasan tersebut adalah di bawah skala 5.0 dan masih memerlukan program pemulihan kesuburan tanah agar nilai pH dapat ditingkatkan menghampiri pH yang sesuai untuk tanaman padi iaitu sekitar 5.5 – 6.5

PROGRAM PEMULIHAN TANAH MELALUI AKTIVITI PENGAPURAN DI KAWASAN MUDA

Kawasan Muda adalah merupakan jelapang padi utama di Malaysia yang mana menyumbang hampir 40% daripada pengeluaran padi negara. Kawasan ini merangkumi dataran lanar laut negeri Kedah dan Perlis dengan keluasan keseluruhan iaitu 100,685 hektar dan merupakan kawasan penanaman padi tradisional di utara Semenanjung Malaysia yang telah diusahakan sejak 50 tahun yang melalui penanaman padi secara dua kali setahun.

Dalam usaha untuk meningkatkan pengeluaran hasil padi, kesuburan tanah adalah merupakan antara faktor utama yang perlu diberi perhatian kerana aktiviti penanaman yang telah diusahakan sejak sekian lama turut mempengaruhi tahap kesuburan tanah di kawasan Muda. Melalui projek profil tanah (soil profiling) ini, kandungan nutrien dalam tanah di kawasan Muda dapat diketahui dan seterusnya dibuat pengkelasan kepada kawasan subur, sederhana subur dan kurang subur. Pengkelasan kawasan mengikut tahap kesuburan ini adalah sangat penting kerana perancangan program-program berkaitan pemulihan tanah dan peningkatan hasil dapat dibuat dengan lebih tepat dan berkesan dalam memastikan kelestarian pengeluaran hasil padi dan seterusnya menjamin pendapatan petani yang mengusahakan tanaman padi di kawasan Muda.

Antara program pemulihan tanah yang boleh dijalankan adalah melalui aktiviti pengapuran tanah sawah untuk meningkatkan pH tanah dan seterusnya meningkatkan kecekapan pengambilan nutrien oleh tanaman padi kerana keadaan tanah telah dipulihkan.

 

PROGRAM SKIM BAJA PADI KERAJAAN PERSEKUTUAN (SBPKP) DAN SKIM INSENTIF PENGELUARAN PADI (SIPP)

Di bawah Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan (SBPKP) mula diperkenalkan oleh pihak kerajaan pada tahun 1979. Melalui skim SBPKP ini, semua peladang yang berdaftar akan diberikan dua (2) jenis baja iaitu baja Sebatian (17.5:15.5:10) pada kadar 12 beg/hektar dan baja Urea (46%N) sebanyak 4beg/hektar.

Selain daripada itu, bermula pada tahun 2008 Skim Insentif Pengeluaran Padi (SIPP) telah diperkenalkan dengan pemberian bantuan subsidi iaitu baja NPK Tambahan (17:3:25) pada kadar 6 beg/hektar, bantuan insentif pembajakan pada kadar RM100/hektar dan insentif racun pada kadar RM200/hektar. Sehingga kini terdapat 71 jenis racun yang telah disenaraikan di bawah subsidi SIPP yang terdiri daripada racun rumpai, racun kulat, racun serangga, racun siput dan racun tikus.

PELAKSANAAN PROGRAM SBPKP DAN SIPP DI KAWASAN MUDA

Pelaksanaan bantuan subsidi kerajaan di kawasan Muda adalah berpandukan manual pelaksanaan yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan. Ringkasan pelaksanaan program SBPKP dan SIPP di MADA adalah seperti berikut :

Teknologi Baharu Tanaman Padi

Masalah kekurangan tenaga kerja adalah satu isu yang semakin meruncing terutamanya di kawasan penanaman MADA. Masalah ini ditambah lagi dengan isu produktiviti tenaga kerja sedia ada yang rendah dan kurang komitmen.  Masalah tenaga kerja ini telah memaksa peladang-peladang untuk menggunakan tenaga kerja rakyat asing yang tidak sah di sisi undang-undang.  Permintaan yang meningkat ini juga telah membawa kepada peningkatan kos dimana upah meracun untuk 1 hektar sawah padi telah mencapai RM80.00 sehektar. Bagi peladang yang meracun 5 kali semusim, kos upah meracun bagi 1 hektar adalah sebanyak RM400.00.

Sehubungan dengan itu, Sebagai peneraju industri padi negara, MADA telah mengenalpasti teknologi baru yang berpotensi dapat mengatasi masalah tenaga kerja dalam industri ini iaitu Agriculture Drone (AD)

(FLIPBOOK)BUKU HAMPARAN KEJAYAAN USAHAWAN PADI 2019-2020 MADA (FLIPBOOK)

RICE CHECK

*Sila Klik Sini

Pages: 1 2 3 4