LATAR BELAKANG
Bahagian Pengurusan Institusi Peladang yang diwujudkan selepas penyusunan semula struktur organisasi MADA yang berkuatkuasa pada 16 Mac 2007 diberi tanggungjawab untuk menguruskan aktiviti-aktiviti Perniagaantani, Kawalan Kewangan dan Pengurusan Institusi Peladang.  Bahagian ini diketuai oleh Pengarah Bahagian Pengurusan Institusi Peladang yang bertanggungjawab kepada Timbalan Pengurus Besar (Pertanian) MADA.

Bahagian ini meliputi 2 cawangan dan 4 seksyen iaitu :-

  1. Cawangan Urusan Pendaftar
    •Seksyen Penyeliaan dan Perundangan PPK
    •Seksyen Penyeliaan Korporat

2. Cawangan Penyeliaan Kewangan & Perniagaan Tani
•Seksyen Penyeliaan Kewangan & Audit Pengurusan
•Seksyen Pengurusan Perniagaan Tani

VISI
Memajukan institusi peladang sebagai satu entiti yang kompeten, berketrampilan dan berdayamaju yang menjadi kebanggaan peladang di kawasan MADA.

MISI
•Meningkatkan aktiviti perniagaan input pertanian sebagai penyumbang utama kepada pendapatan PPK disamping pengujudan kepelbagaian lain-lain aktiviti perniagaan.
•Meningkatkan pendapatan PPK melalui pelbagai aktiviti perkhidmatan.
•Meningkatkan saham ahli, simpanan ahli, simpanan Unit Peladang sebagai sumber modal kerja dalaman kepada aktiviti perniagaan dan perkhidmatan PPK selain daripada modal luaran.
•Menjadikan Unit Peladang sebagai satu entiti yang menyediakan perkhidmatan khusus kepada PPK.
•Menjadikan Koperasi Asas Tani yang berdayamaju sebagai Unit Ahli PPK yang berfungsi sebagai ’complementory economy provider’ kepada PPK.
•Menjadikan PPK sebagai penjana pendapatan kepada peladang melalui pembahagian dividen melebihi 10 peratus setahun.
•Meningkatkan penggunaan sistem perakaunan di Pertubuhan Peladang dengan lebih berkesan.

OBJEKTIF
•Meningkatkan pendapatan perniagaan input pertanian secara purata bagi setiap PPK kepada RM0.5 juta menjelang tahun 2020.
•Menyelaraskan bekalan input-input pertanian pada kos yang kompetetif bagi mengurangkan kos pengeluaran padi pada kadar 10 peratus.
•Mengujudkan kepelbagaian aktiviti perkhidmatan PPK dengan peningkatan pendapatan di antara 10% – 20% setiap tahun.
•Meningkatkan pemilikan saham dan simpanan pemimpin-pemimpin peladang pada kadar RM1,000.00 seorang dan ahli biasa pada purata RM300.00 seorang menjelang tahun 2020 sebagai modal kerja dalaman untuk perniagaan dan perkhidmatan PPK.
•Membantu meningkatkan pendapatan PPK agar mampu memberi dividen melebihi 10% setahun.
•Menggerakkan unit peladang sebagai pembekal prkhidmatan kepada PPK.
•Memastikan laporan akaun bulanan PPK disiapkan sebelum 10hb setiap bulan.

FUNGSI CAWANGAN

  1. CAWANGAN URUSAN PENDAFTAR
    Menyelia dan mengawasi pengurusan dan pentadbiran 27 buah PPK di kawasan MADA.
    •Memaju dan membangunkan pergerakan unit ahli.
    •Menguatkuasakan segala peruntukan undang-undang yang dilibatkan di dalam Pengurusan Institusi Peladang dan memastikan pemakaian peruntukan undang-undang dibuat sepenuhnya.
    •Mengembangkan perjalanan Institusi Peladang terutamanya pergerakan PPK dengan meningkatkan penyertaan sepenuhnya Peladang-peladang di Kawasan MADA.

2.CAWANGAN PENYELIAAN KEWANGAN & PERNIAGAAN TANI
Merancang dan menyelia aktiviti perniagaan bagi meningkatkan pendapatan PPK.
•Menyelia dan mengawasi pembangunan dan pengurusan anak-anak syarikat PPK.
•Menyelia perniagaan PPK dalam bentuk usahasama anak-anak syarikat dan projek sub kontrak.
•Merancang dan menyelia urusan pelaburan dan pembelian harta tetap PPK.
•Perancangan, pembangunan dan pemantauan sistem kewangan PPK.
•Menjadi pemudahcara dalam penasihatan kewangan dan pengurusan Dana.
•Pengesanan dan analisa projek-projek PPK.
•Menyelia dan memastikan PPK mematuhi kehendak-kehendak statutori dan sistem.
•Merancang dan mengawasi pengurusan kredit dan simpanan ahli.