B.ANUGERAH & PENGIKTIRAFAN
1.
SISTEM PENGURUSAN KUALITI MS ISO 9001 : 2015.
Bahagian Pengurusan Empangan Dan Sumber Air (BPESA) telah ditauliahkan pensijilan MS ISO 9001:2008 bagi pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) bagi skop Operasi, Penyenggaraan dan Pemantauan Keselamatan Empangan Pedu, Muda dan Ahning pada 31 Disember 2009.
Pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) ini melibatkan Seksyen Operasi dan Penyenggaraan Empangan, Seksyen Keselamatan Empangan di Ibu Pejabat MADA (Alor Setar), Pejabat Unit Empangan Muda (Sik), Pejabat Unit Empangan Pedu (Kuala Nerang) dan Pejabat Unit Empangan Ahning (Kuala Nerang).
Sejajar dengan pengenalan standard baru MS ISO 9001:2015, pihak SIRIM telah menetapkan bahawa semua perlaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2008 perlu dinaiktaraf kepada standard yang baru ini dan semua persijilan mulai tahun 2018 adalah berasaskan kepada MS ISO 9001:2015.
Penyediaan Dokumen Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) bagi skop Operasi, Penyenggaraan dan Pemantauan Keselamatan Empangan Muda, Pedu dan Ahning mengikut standard MS ISO 9001:2015 telah ditambahbaik dengan melibatkan satu (1) manual kualiti, lapan (8) manual kualiti (lampiran), lapan belas (18) prosedur dan tiga puluh tujuh (37) tatacara. BPESA telah dipersijilkan dengan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001 : 2015 pada  9 Januari 2018.
Audit Pemantauan oleh pihak SIRIM QAS International Sdn. Bhd. Pada 03 hingga  05 Disember 2018 telah merumuskan bahawa Sistem Pengurusan Kualiti bagi Operasi, Penyenggaraan dan Pemantauan Keselamatan Empangan Muda, Pedu dan Ahning yang dilaksanakan di Bahagian Pengurusan Empangan Dan Sumber Air (Alor Setar), Pejabat Unit Empangan Muda (Sik), Pejabat Unit Empangan Pedu (Kuala Nerang) dan Pejabat Unit Empangan Ahning (Kuala Nerang) adalah menepati kehendak yang terdapat dalam standard MS ISO 9001:2015.

2. ANUGERAH BEST OPERATOR DAM IN MALAYSIA.
MADA telah dianugerahkan “Best Dam Operator” di dalam International Conference on Dam Safety Management And Engineering 2019. Anugerah ini telah disampaikan oleh YB Dato’ Dr. Xavier Jayakumar A/L Arulanandam, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli pada 19 November 2019 bertempat Wembley Hotel, Penang. Anugerah ini diberi di atas kecermerlangan dan kecekapan MADA di dalam mengendali, mengurus dan menyenggara Empangan pedu, Muda dan Ahning.

*Sila klik di sini

Pages: 1 2