YBhg. Dato’ Fouzi Ali, Pengurus Besar MADA dan Tuan Syed Zainuddin Syed Zain bersama pasukan teknikal MADA telah mengadakan lawatan ke Empangan Muda dan Pedu serta kawasan tasik dan tadahannya. Lawatan ini adalah bagi melihat situasi dan paras air semasa di kedua-dua empangan tersebut yang membekalkan sumber air utama kepada penanaman padi di Kawasan Muda dan sumber air mentah bagi kegunaan sebahagian besar Negeri Kedah dan Perlis.

Sehingga 3 Februari 2020, kedudukan takungan bagi Empangan Pedu adalah sebanyak 348,340 ekar kaki atau 39.81%, Empangan Muda 9,500 ekar kaki atau 7.6% dan Empangan Ahning 129,635 ekar kaki atau 58.13%.

YBhg Dato’ Pengurus Besar MADA juga berkesempatan meniupkan semangat motivasi petugas-petugas empangan untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik.