PELAKSANAAN SISTEM KUALITI MS ISO 9000
BAGI PENGENDALIAN SISTEM PENGURUSAN AIR MADA
Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) telah dianugerahkan dengan persijilan MS ISO 9002:1994 untuk pelaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) bagi Proses Pengendalian Sistem Pengurusan Air MADA di Ibu Pejabat, Daerah dan Lokaliti (A-I, G-II, C-III dan F-IV) pada 14 Disember 2000.
Pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti ini melibatkan Unit Pengurusan Air di Ibu Pejabat (Alor Star), Wilayah I (Kangar), Wilayah II (Jitra), Wilayah III (Pendang), Wilayah IV (Kota Sarang Semut), Lokaliti A-I (Arau), Lokaliti G-II (Jitra), Lokaliti C-III (Tajar) & Lokaliti F-IV (Sg. Limau Dalam).
Mulai 1 Mei 2003, pihak MADA mula menggunapakai dokumen yang baru berasaskan standard MS ISO 9001:2000. Pihak MADA telah diaudit oleh pihak SIRIM QAS Sdn. Bhd. dan telah dianugerahkan dengan sijil MS ISO 9001:2000 pada 20 Februari 2004.
Pelaksanaan SPK ini diperkembangkan kepada lapan (8) Lokaliti pada awal tahun 2007 melibatkan Lokaliti D-I (Tambun Tulang), Lokaliti E-I (Simpang Empat), Lokaliti D-II (Tunjang), Lokaliti H-II (Kepala Batas), Lokaliti A-III (Hutan Kampong), Lokaliti E-III (Kobah), Lokaliti B-IV (Pengkalan Kundur) dan Lokaliti D-IV (Permatang Buluh) menjadikan keseluruhan 12 Lokaliti terlibat dengan Sistem Kualiti MS ISO 9001:2000. Pelaksanaan Sistem Kualiti di kawasan-kawasan tersebut telah diperakui oleh pihak SIRIM semasa Audit Pemantauan yang dilaksanakan pada 19 hingga 21 Mac 2007 dan dianugerahkan sijil pada 13 Ogos 2007.
Pada awal tahun 2009, sebanyak lapan (8) Lokaliti ditambah dalam Skop Pendaftaran SPK; B-I (Kayang), C-I (Utan Aji), A-II (Kodiang), B-II (Sanglang), C-II (Kerpan), B-III (Alor Senibong), C-IV (Kangkong) dan E-IV (Bukit Besar) menjadikan keseluruhan 20 Lokaliti daripada 27 Lokaliti terlibat dengan SPK. Sijil bagi perluasan Skop Pendaftaran SPK ini (penambahan Lokaliti) telah dianugerahkan oleh pihak SIRIM pada 16 Disember 2009.
Sejajar dengan terbitan standard MS ISO 9001:2008, pihak SIRIM telah menetapkan bahawa semua perlaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2000 perlu beralih ke standard yang baru ini dan semua persijilan mulai tahun 2010 adalah berasaskan MS ISO 9001:2008.
Sistem Pengurusan Kualiti yang diamalkan bagi Pengendalian Sistem Pengurusan Air MADA telah memulakan kerja-kerja persediaan peralihan daripada MS ISO 9001:2000 kepada MS ISO 9001:2008 sejak bulan Ogos 2009. Sehubungan itu semua dokumen kualiti telah dikemaskini supaya menepati kehendak MS ISO 9001:2008 yang baru.
Pelaksanaan SPK juga telah diperkembangkan kepada tujuh (7) lagi Lokaliti; E-II (Kubang Sepat), F-II (Jerlun), I-II (Kuala Sungai), D-III (Titi Haji Idris), F-III (Pendang), A-IV (Batas Paip) dan G-IV (Guar Chempedak) bermula pada 1 Disember 2009 iaitu selaras dengan komitmen pihak Pengurusan untuk melaksanakan SPK MS ISO 9000 di keseluruhan Lokaliti dalam Kawasan Muda menjelang tahun 2010 dengan berasaskan standard MS ISO 9001:2008.
Audit Pensijilan Semula oleh pihak SIRIM pada 11 hingga 13 Januari 2010 telah merumuskan bahawa Sistem Pengurusan Kualiti bagi Pengendalian Sistem Pengurusan Air MADA di Ibu Pejabat, 4 Wilayah dan 27 Lokaliti yang dilaksanakan adalah menepati standard MS ISO 9001:2008. Sehubungan dengan itu, pihak MADA telah dianugerahkan dengan persijilan MS ISO 9001:2008 pada 26 Mei 2010.
KRONOLOGI PELAKSANAAN SISTEM KUALITI MS ISO 9001:2008
BAGI PENGENDALIAN SISTEM PENGURUSAN AIR MADA
BIL. | VERSI | TAHUN PELAKSANAAN | LOKALITI-LOKALITI YANG TERLIBAT | JUMLAH LOKALITI |
1 | MS ISO 9002:1994 | 2000 | A-I, G-II, C-III & F-IV | 4 |
2 | MS ISO 9001:2000 | 2005 | A-I, D-I, E-I, D-II, G-II, H-II, A-III, C-III, E-III, B-IV, D-IV & F-IV. | 12 |
3 | MS ISO 9001:2000 | 2008 | A-I, B-I, C-I, D-I, E-I, A-II, B-II, C-II, D-II, G-II, H-II, A-III, B-III, C-III, E-III, B-IV, C-IV, D-IV, E-IV & F-IV. | 20 |
4 | MS ISO 9001:2008 | 2009 | SEMUA LOKALITI | 27 |